Saturday, July 10, 2010

MEE KARI KETAM, UDANG N AYAM

Waweeeee, tajuk resepi mcm mewah n gempak je mee kari kt my magic kitchen ni.... yg sebnrnya dok selongkar peti ais doremon, recycle pe2 yg patut kasi clear.... terjumpa la sepit2 ketam yg mmg sengaja disimpan utk kegunaan ms darurat utk buat kuah mee kari.... sy dpt petua dr seorang pegerai kira2 20th yg lalu, klu letak ketam or sepitnya akan ada rsa perbezaannya.... percaya la kuah akan dihirup hngga ketitisan terakhir... chewah promo baik punya.... cara2 sy ikut resepi asal cuma bhn2 je yg diubah.... Resepi sumber dr qirah75 myr n CnP dr Dapur Noreen.... TQVM ye....



MEE KARI KETAM, UDANG N AYAM

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1 kg mee kuning - dicelur (sy rebus 2 bungkus mi lidi)
2 senduk kecil serbuk kari
1 sudu besar cili kisar - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 tangkai daun kari
3 keping asam keping
tauhu pok/kering (sy goreng 2 kpg tahu n potong dadu)
250 ml santan pekat (sy guna santan kotak 200 ml + air)
garam secukup rasa

Sy pandai2 tmbh:
1 cawan sepit ketam (rebus n ambil airnya - sy main campak je dlm kuah)
1 cawan isi ayam
1 paket fishball

Bahan2 penumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan2 tumbuk/kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar udang kering

Bahan2 sampingan:
bawang goreng (xde stok)
sawi - dicelur (tukar karot potong mancis n celur)
taugeh - dicelur (xde stok - mls dh nk vrooom ke kedai)
telur rebus (guna 5 biji)
cili hidup - hiris (xde stok)

Cara:
Kopekkan kepala dan ekor udang, rebus dengan air secukupnya untuk dijadikan stok.
Kemudian tapiskan dan kisarkan kepala dan ekor udang tadi dengan sedikit air ketepikan.
Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air supaya menjadi paste.
Kemudian campurkan cili kisar dengan serbuk kari tadi dan gaul sebati, ketepikan.
Panaskan minyak, tumis daun kari dan bahan2 penumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan2 tumbuk/kisar dan tumiskan lagi sehingga garing.
Kemudian masukkan campuran cili kisar dan serbuk kari dan gaulkan rata.
Tumiskan sehingga naik minyak.
Masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping.
Renihkan dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
Tambahan: Masukkan sepit ketam n ayam.
Masukkan pula udang dan fishball, lalu dikacau rata, biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali barulah dimasukkan tauhu pok/kering dan kacaukan sekejap
Padamkan api.
Hidangkan dengan mee kuning dan bahan2 sampingan yang lain.

No comments:

Post a Comment