Tuesday, September 27, 2011

KARI AYAM LENGKUAS


Kari yg sgt sedap... sy buat 1/2 resepi je...

KARI AYAM LENGKUAS
CnP : blog Mat Gebu
Sumber: my-magic-kitchen.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
• 1 ekor ayam, potong pada saiz sederhana besar
• 4 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendam
• 2 keping asam gelugor
• 1/2 camca besar gula melaka (sy guna gula biasa je)
• 1/3 cawan cili kisar
• 3 camca besar rempah kari daging (mat guna Baba's) - x igt gna jenama pe, mcm2 ada kt rmh
• 2 inci lengkuas, hiris dan titik
• 300 ml pati santan (sy guna santan kotak - agk2 je kepekatannya)
• 1200 ml santan cair
• Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
• 10 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci kunyit
• 1 inci halia
• 3 biji buah keras (x letak)
• 15 biji lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
• 5 biji bawang merah, dihiris
• 2 ulas bawang putih, dihiris
• 3 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
• 1 batang kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Rempah kari dibancuh dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masuk cili kisar dan lengkuas, tumis hingga cili graring. Masuk bahan kisar halus + rempah kari dan masak hingga terbit minyak...
2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambah ayam tadi gaul dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dgn buar mendidih hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, gula melaka dan perasankan dengan garam. Tuang pati santan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
3. Bila ayam masak dan kentang empuk, boleh matikan api, rasa dan jika perlu tambah garam. Hidangkan bersama nasi, roti atau pun lempeng pekak...

1 comment:

  1. wahhh...menyelerakan betoi kari daging akak tu..

    ReplyDelete