Wednesday, September 28, 2011

DAGING HITAM BERKERISIK





DAGING HITAM BERKERISIK
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sumber: my-magic-kitchen.blogspot.com



Bahan2:
600g daging lembu - hiris lebar dan sedikit tebal, cuci dan toskan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai - hiris
1 inch halia
1 sudu besar gula melaka/gula apong
150g kerisik
Kicap pekat (sy letak 1/2 cawan)
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan air dan buang bijinya
Garam/perasa (jika perlu)
Tomato - jika suka (sy x letak)
Rempah tumis 4 sekawan - optional je.. tak letak pun xpe (sy letak)
1/3 cawan minyak - lebih kurang

Cara2:
Tumbuk/kisar setengah biji bawang besar (selebihnya dihiris), bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Ambil sedikit bahan kisar dan gaul bersama daging, tambahkan kicap pekat.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis rempah tumis 4 sekawan dan bahan kisar selebihnya tadi. Kacau dan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan daging tadi, kacau sekata. Tambahkan lagi kicap pekat sehingga warna daging kehitaman (bergantung jenis kicap digunakan).
Perlahankan api dan biar jus daging keluar dan hampir kering. Masukkan jus asam jawa dan kacau lagi.
Tambahkan air dan tutup periuk, tunggu sehingga daging benar2 empuk. Jika perlu tambahkan lagi air.
Apabila daging sudah empuk, dan air sudah hampir kering (jangan terlampau kering) masukkan gula melaka/gula apong dan juga kerisik. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga lebihan bawang besar yang sudah dihiris tadi. Perasakan dengan garam dan perasa. Boleh tambah kicap jika perlu (sila ejas sendiri rasa kicap dengan garam ye.. hasue guna kicap ayam brand jadi tak masin sangat) - sy guna kicap cap kipas udang.
Kacau sedikit dan biarkan kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan bersama aneka jenis nasi atau pun dicicah roti.. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment