Wednesday, September 28, 2011

AYAM SOS TIRAM VERSI FUSION



Gabungan resepi Melayu n Cina... sekali sekala ubah selera...

AYAM SOS TIRAM VERSI FUSION
CnP: Vermont@myresipi.com
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Bahan-bahan (6 orang)
1-2 batang serai (diketuk @ digunting pendek)
1/2 labu bawang besar dihiris
1/2 inci halia dihiris
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji cili padi (ikut citarasa pedas masing-masing) - x letak
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap cair masin (chinese soy sauce) - x letak
1 sudu teh cuka
Ayam setengah ekor (tanpa kulit) dipotong 8 - sy potong kecil2
1/2 batang carrot
1 batang saderi (sy tambah)

Cara-cara
Goreng ayam sebentar (dalam 5-7 minit) @ sehingga daging bertukar warna.
Dalam kuali lain masukkan satu senduk atau lebih minyak goreng ayam tadi untuk menumis serai, bawang, halia, cili padi, bunga lawang dan carrot.
Setelah bahan tumis naik bau masukkan ayam yg telah digoreng sebentar tadi.
Gaul dan biar masak sebentar sebelum memasukkan kicap manis, masin, kicap cair masin, kicap seasoning maggi dan sos tiram.
Masak sebentar dan masukkan setengah cawan air serta cuka.
Masak sehingga daging ayam empuk.
Untuk mendapat hidangan yang lebih lazat, masak terlebih dahulu dan biarkan dalam kuali (seperti perap). Sebelum makan, panaskan sekali lagi. Cubalah... pasti tak mengecewakan dan lain sikit daripada masak kicap biasa.
Menurut kata tuan punya resepi, semasa hidang taburkan sedikit daun bawang atau saderi dan hirisan tomato lagi sedap dan menawan... namun begitu sy abaikan...

No comments:

Post a Comment