Tuesday, June 14, 2011

KEK ZEBRA


Kek yang dibuat mggu lps utk kudapan ank2 sempena cuti sekolah... kek yg lembut n gebu... ni kira ulangtayang buat tp bru pertama kli enterprem dlm blog.... layanzzzz

KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (sy guna 4 biji gred B)
110 gram gula kaster (sy guna 100 gm je)
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko (sy guna 1 sudu bsr)
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/badam cincang (sy x letak)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas di bakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat ke dalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.

1 comment: