Tuesday, December 13, 2011

MAJLIS KONVO KANAK-KANAK TASKA MPK KALI KE-15

Tahniah kpd semua anak2 warga kerja MPK yg berumur 5 tahun diraikan sbg graduan di Majlis Konvokesyen Taska MPK kali ke-15. Taska ini telah beroperasi selama 16 tahun, kesemua anak sy membesar di taska semasa sy bekerja... yang pastinya banyak membantu dari segi penjagaan anak2 dan ibu/bapa dapat memberi tumpuan, masa dan fikiran kpd tugasan harian.

Tema pada tahun ini ialah "Ilmu didahulukan, akhlak diutamakan", bersesuaian dengan cabaran masa kini yg memerlukan keseimbangan pencapaian akademik yg cemerlang dan penerapan nilai2 murni supaya pendidikan awal ini dapat melahirkan generasi yg berilmu dan beraklak.

Tahun ni hanya Boboy3 yg masih berada di taska & tahun 2012 merupakan penempatan terakhir beliau di sini... Dalam program ini Boboy3 telah dilatih oleh cikgu2 dalam beberapa acara... di antaranya spt di bawah, aksi anak2 warga kerja MPK...

Di kesempatan ini juga, sy ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kpd cikgu2 yg bertungkus lumus menjayakan program ini... juga kpd pentadbiran MPK yg begitu prihatin menyahut seruan Kerajaan menubuhkan taska bagi kemudahan warga kerja menempatkan anak2 semasa bekerja... Semoga warga Taska MPK dpt terus memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang lebih berkesan dlm mendidik anak2 bermula dari peringkat awal ke arah pembentukan insan yg cemerlang...


Nyanyian lagu "Main buih sabun"

Tarian "Waka waka time of Afrika"... Boboy3 baju biru pegang belon hijau

Pakaian beragam - Boboy3 berpakaian Kungfu

Persembahan pengasuh taska

lihatlah Boboy3 (berbaju merah) penuh semangat menyanyikan lagu 1Malaysia dalam versi pelat

No comments:

Post a Comment