Monday, August 10, 2015

RENDANG AYAM MAMAN

Rendang ayam yang pedas berhantu kalau ikut betul-betul sukatan cili apinya... tetapi sememangnya saya alah kepada menu-menu pedas ni so sukatan cili api dikurangkan mengikut kesesuaian tekak... sebenarnya bahan-bahan tu agak-agak je sb buatnya sikit sgt... resepi tanya Miss Google & diolah mengikut cara saya... Rendang ni memang SEDAP... daun maman tu rasa lemak-lemak dan xde la pahit sangat...
6 ketul ayam
2 sudu besar pes cili api
1 sudu kecil pes kunyit hidup
3 keping asam
300 ml santan pekat (saya guna santan 1 1/2 kotak)
1 ikat maman segar
garam
gula (optional)
Sedikit air

Siang, basuh dan tuskan daun maman.
Kemudian jemur sekejap daun maman tetapi jangan terlebih layu supaya daun maman tidak basah sangat (sy lapkan sahaja dengan tuala dapur).
Ayam yg telah dibersihkan dimasukkan ke dalam kuali bersama pes kunyit dan pes cili api (kunyit hidup dan cili api mmg sy simpan yg telah dikisar).
Kecutkan ayam bersama sedikit air, cili api dan kunyit tadi sehingga kering, baru masukkan santan, tunggu sehingga daging ayam lembut.
Kemudian masukkan asam keping, garam dan kacau sehingga kuah mendidih pekat. Setelah terbit minyak baru dimasukkan daun maman tadi.
Jangan kacau terlalu kuat takut daun hancur, buat perlahan-lahan supaya daunnya layu dan sebati bersama kuahnya.
Apabila semuanya layu dan rasa garamnya bolehlah diangkat.
Mengikut petua orang lama, masukkan maman selepas santan menggelegak dan mula mengering. Rendang kemudiannya dimasak sehingga santan kering.
Selepas memasukkan maman, syarat penting yang perlu dipatuhi agar rendang jangan dikacau selalu...
Jika tidak sekawah rendang akan pahit...

Nota: daun maman dijemur terlebih dahulu juga adalah utk mengurangkan rasa pahit daun tu...

4 comments:

  1. Sedapnya rendang maman. Tp koi suka yang pedas meletoppp...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya rendang ayan ngan maman. Tp koi suka yang pedas meletoppp...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya rendang ayan ngan maman. Tp koi suka yang pedas meletoppp...

    ReplyDelete