Friday, June 4, 2010

SAMBAL BELACAN TOMATO

Resipi ulang tayang.... sama mcm resipi Sambal Belacan Mencepu....



SAMBAL BELACAN TOMATO

1 biji cili merah
9 biji cili api
1 inci belacan (bakar dahulu)
1 biji buah tomato (potong dadu)
1/2 camca teh garam
1 camca teh gula

Tumbuk cili merah, cili api dan garam. Setelah hancur masukkan belacan, tumbuk hingga belacan hancur. Masukkan buah tomato. Gaul dengan bahan yg ditumbuk td. Tambah gula dan gaul rata. Hasilnya wallaaaa.....

SUP AYAM

Inipun peberet ank2 wpun resipi sempoi je.... di antara menu wajib....



SUP AYAM

1 mangkuk ayam dipotong kecil2 (kdg2 sy guna tulang2 je)

Bahan tumis:
1 camca besar bwg merah kisar
1 camca besar bwg putih kisar
1 camca besar halia tumbuk
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 camca besar minyak utk menumis

Nota: kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga boleh diganti dgn sup bunjut

Bahan tambahan:
2 biji kentang - belah baji
1/2 batang lobak merah - potong
Garam
Daun sup @ daun bawang (jarang letak ank2 xsuka)

Rebus ayam hingga empuk. Kemudian masukkan bahan tumis, kentang n lobak. Tambah garam, angkat n hidangkan.

AYAM GORENG BEREMPAH

Resipi peberet ank2.... dh jdi menu wajib.... Resepi olahan sendiri.... ni je gambo yg smpat posing....





AYAM GORENG BEREMPAH

1/2 ekor ayam
3 camca besar serbuk kari
1 camca besar bawang merah kisar
1 camca besar bawang putih kisar
1 camca besar halia tumbuk
2 camca teh garam
2 camca besar kicap
10 helai daun kari
5 camca besar tepung beras
1 camca besar cili boh (kalu suka pedas)

Gaul semua bahan dengan ayam lps tu perap. Biasanya sy perap semalaman. Goreng dengan api sederhana. Kalu nak isi ayam juicy boleh juga rebus skjp ayam n lepas tu baru diperap. So, masa menggoreng sekejap je n isi ayam msh lembut.

ROTI CANAI SAMBAL MACKEREL

At 1230am.... ank bujang nk roti canai...... emmmmm..... umi mithali(?).... done only in 10 minutes from my magic kitchen....





Roti canai segera.... mmg ada stok n goreng je mcm biasa dgn api kecil

SAMBAL MACKEREL

1 tin mackerel with black beans
1 camca besar cili boh
1 camca kecil bwg putih
1 camca besar bwg merah
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap
1 labu bwg besar (hiris nipis) - jika suka

Tumis cili boh, bwg putih n bwg merah. Kemudian masukkan pula mackerel. Hancur2kn mackerel. Kemudian tambah sos tomato n kicap. Xperlu tmbh garam kerana dh masin.

BUN TUNA

Bun ni terhasil oleh kerana miss oven dok pura2 rosak n sessi kerahan tenaga BM @ breadmaker @ bibik moden yg dh lama sgt jd tukun.... Resepi dr kelas masak2 satu ketika dulu.... Sy membentuk bun main jemput2 je, no timbang2 n dpt dlm 30 buns.... 5 buns x ckup inti kes tamak haloba, isi inti byk2.... hati2 membentuk bun supaya inti tidak bocor di bwh.... sy gunakan paper cup sbg alasnya... hasilnya... ada yg lonjong, leper n itam dayang senandung.... hihihi



BUN TUNA

260 ml air
1 biji telur
110 gm gula (sy guna 100 gm je)
100 gm majerin/butter/shortening
1/2 camca kecil garam
600 gm tepung high protien @ tepung roti (tepung gandum pun ok klu darurat)
1 paket yis mauripan

Bahan Inti:
2 tin tuna spread mayonis
1 biji bawang besar (cincang)
1 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Kalu suka pedas tmbhkan serbuk kari or potongan cili api

Nota: Inti boleh dipelbagaikan cth kelapa, kacang merah, kaya dsbnya

Cara-cara Bread Maker:

Masukkan bahan mengikut turutan resipi. Set mengikut manual BM msg2 sehingga doh elastik dan licin. Sy menggunakan fungsi "rapid dough" selama 1.35 jam. Sementara menunggu BM bekerja, siapkan intinya. Satukan kesemua bahan n gaul rata. Simpan di dalam peti ais. Setelah cukup masa proofing doh, bentukkan mengikut citarasa. Sapukan kuning telur dan bakar 180C selama 25 minit.

Cara-cara Hand Maker:

Gaul semua bahan kering hingga rata. Kemudian buat lubang di tengah2 n masukkan telur dan air. Gaul hingga sebati lebih kurang 15 minit. Akhir sekali masukkan majerin dan garam. Uli lagi hingga doh elastik dan licin. Rehatkan doh hingga naik 1 kali ganda.

Uli semula, buangkan angin, potong, timbang 50gm setiap 1 dan bentukkan. Rehatkan lg selama 25 minit. Isikan inti, perap dlm loyang selama 30 - 40 minit.

Sementara itu, panaskan oven, gliskan permukaan bun dengan kuning telur + 1 camca teh air. Bakar pada suhu 180C sehingga kekuningan.

Wednesday, June 2, 2010

KEK LOBAK MERAH



Masih lg aktiviti korek peti besi resipi yg pnah dicuba satu ketika dlu... Resipi ni dicedok dr Resipi.net sumbangan Sifu Suria... kek yg mmg mabeles.... tq for sharing sis...

KEK LOBAK MERAH

4 biji telur (asingkan putih & kuning)
1 1/2 cawan minyak jagung (darurat minyak masakpun boleh)
150 gm gula kastor (kalu xnk manis boleh kurangkan 120gm aje)
150 gm gula perang (juga boleh dikurangkan kpd 120gm)
1 1/2 cawan parutan lobak merah (boleh tambah jadikan 2 cawan)

Diayak:
250 gm tepung kek
1 camca teh rempah kek (x letak)
1 camca teh serbuk kulit kayu manis (x letak)
1 1/2 baking powder
1 camca teh garam

100 gm walnut cincang (wajib ada baru sedap)

Hiasan Cheese Frosting:
250 gm cream cheese
150 gm gula aising (ayak)

Pukul cream cheese dan gula aising hingga kembang.

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur merah dengan hanya menggunakan whisk, kemudian tambah minyak, gula, lobak dan kacau rata.
2. Akhir sekali masukkan bahan2 kering, kacau rata dengan senduk kayu.
3. Pukul putih telur hingga kembang dan tuangkan ke dalam adunan kek.
4. Tambahkan pula walnut cincang dan gaul rata.
5. Bakar dengan suhu 180 selama 45 minit. Ekceli bergantung kpd oven masing2.
6. Setelah kek masak, sejukkan terlebih dahulu dan hiaslah mengikut citarasa dengan cheese frosting tadi.