Wednesday, June 2, 2010

KEK LOBAK MERAH



Masih lg aktiviti korek peti besi resipi yg pnah dicuba satu ketika dlu... Resipi ni dicedok dr Resipi.net sumbangan Sifu Suria... kek yg mmg mabeles.... tq for sharing sis...

KEK LOBAK MERAH

4 biji telur (asingkan putih & kuning)
1 1/2 cawan minyak jagung (darurat minyak masakpun boleh)
150 gm gula kastor (kalu xnk manis boleh kurangkan 120gm aje)
150 gm gula perang (juga boleh dikurangkan kpd 120gm)
1 1/2 cawan parutan lobak merah (boleh tambah jadikan 2 cawan)

Diayak:
250 gm tepung kek
1 camca teh rempah kek (x letak)
1 camca teh serbuk kulit kayu manis (x letak)
1 1/2 baking powder
1 camca teh garam

100 gm walnut cincang (wajib ada baru sedap)

Hiasan Cheese Frosting:
250 gm cream cheese
150 gm gula aising (ayak)

Pukul cream cheese dan gula aising hingga kembang.

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur merah dengan hanya menggunakan whisk, kemudian tambah minyak, gula, lobak dan kacau rata.
2. Akhir sekali masukkan bahan2 kering, kacau rata dengan senduk kayu.
3. Pukul putih telur hingga kembang dan tuangkan ke dalam adunan kek.
4. Tambahkan pula walnut cincang dan gaul rata.
5. Bakar dengan suhu 180 selama 45 minit. Ekceli bergantung kpd oven masing2.
6. Setelah kek masak, sejukkan terlebih dahulu dan hiaslah mengikut citarasa dengan cheese frosting tadi.

1 comment:

  1. Jalan2 cari resepi kek gula hangus kukus nampak resepi kita ni. Tq for trying, cuma sy nk edit je gula tu sy dh tkr 120g utk kedua2 jenis, cukup dh utk org2 nowdays yg jg kesihatan, he he. Bukan apa feedback dr kwn2 gak xmau manis.

    Kenaap cheese frosting x letak butter? Gula icing tu pun sy dh kurangkan 100g je

    ReplyDelete