Wednesday, June 23, 2010

SPAGETTI GORENG LADA HITAM ALA-ALA KYROS

1st time makan spagetti style cenggini kt Sogo tahun 2006 yg lalu terus tirguda…. so, blik rmh try la reka2 resepinya.... maka terhasil la resipi ni... Sy dah share resepi ni dlm salah satu yahoogroups yang sy join, telah dicuba oleh Lynn Sham…. TQ Lynn kerana sudi mencubanya… Feedback dr Lynn ada di bwh ye... ekceli dh byk kali buat tp lum penah posing2 lg… so, insyaAllah sy akan posing klu buat dlm msa terdkt ni….

SPAGETTI GORENG LADA HITAM ALA-ALA KYROS

1 paket spageti (rebus spt arahan pd paket) + 2 camb minyak zaitun + 1 camt garam

Bahan tumis:
1 biji bawang besar (dadu)
3 ulas bawang putih (ketuk/tumbuk halus)
1 camt serbuk lada hitam
minyak zaitun

Bahan digaul sebati & jadikan chicken ball
300 gm daging ayam kisar
(boleh gunakan ayam segar, just gaul je dgn lada hitam & garam - perap sebentar)
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh garam

Bahan sayuran:
Lobak merah dihiris halus
kalu suka tambahkan cendawan butang

Bahan perasa:
Sos lada hitam (or serbuk lada hitam)
Garam/gula secukup rasa
1 camt kicap pekat
(Lynn dh tmbah sos tiram n kiub/pati ayam)

Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun & tumis bahan tumisan hingga naik baunya. Kemudian masukkan daging ayam kisar yg telah dibentuk ball. Boleh masukkan sedikit air agar tidak melekat di kuali. Setelah itu masukkan pula bahan sayuran dan spageti. Akhir sekali masukkan bahan perasa. Hidangkan ketika panas2.

Saya sertakan sekali feedback dr Lynn sbg rujukan.

---------- Forwarded message ----------
From: Lynn Sham
Date: Thu, 30 Mar 2006 08:14:38 +0800
Subject: [ResipiNet] FEEDBACK RESIPI - Spaghetti Goreng Lada Hitam ala-ala Kyros
To: resipinet@yahoogroups.com

Jai,

Saya cuba resipi ni semalam cuma tak campurkan sayur. Saya guna serbuk lada hitam + lada hitam yang ditumbuk kasar dan sedikit sos tiram. Kicap pulak saya guna Kicap Lemak Manis Kipas Udang (so saya tak guna gula). Ayam pulak saya gunakan dada ayam yang dihiris nipis. Boleh campurkan sedikit kiub/pati ayam untuk dapatkan lebih rasa ayam.

Senang sangat resipi ni, mudah dan cepat menyediakannya. Rasanya.. memang sedap! Sham pun kata sedap, siap beri cadangan untuk hidangkan spaghetti ala Kyros ni jika ada tetamu yang datang mengejut.

Jai, terima kasih kerana berjaya mereka resipi ala Kyros ni.. Kepada yang lain, resipi seperti di bawah (sy dh CnP ke atas). Cubalah.. mudah & sedap!!

~Lynn Sham~

1 comment: