Biskut ni sgt fofuler skrg ni.... Nk buatnya mmg cerewet ttpi hasilnya berbaloi.... bole dipelbagaikan hiasannya n bahan2nya spt cth gmbr2 sy.... ekceli ni bskt raya tahun bila ntah, sypun dh x ingt....
BISKUT SHORTBREAD
Sumber : Anis Adlina Resipi.Net
Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung
Cara
Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (biar terjuntai sikit supaya mudah biskut dikeluarkan nanti)
Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.
Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12'.
Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.
Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
Cara
Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10' atau sehingga coklat telah keras.
Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.
Nota drpd sumber resipi:
1. base biskut hendaklah dicucuk ngan garfu supaya ianya masak keseluruhan dlm biskut...dan pastikan base jangan terlalu tebal ye... pengalaman mengajarku segala...
2. coklat yg dicairkan jangan terlalu pekat..bila pekat dan lorek pun jadi tak cun..biar dia cair skit pun takpe..nanti coklat yg cair tu akan pegi kiri kanan biskut tapi mesti letak cepat2 cutter tu supaya coklat tu mengikut turun ke tepi biskut...jgn lupa cutter tu sapu dulu ngan majerin...kalo tak kang naiya je..
Nota Magic Kitchen:
Biskut Gambar 1 - untuk adunan base sy gunakan 200 gm tpg gandum + 40 gm serbuk koko n bahagian atas sy gunakan coklat putih yg ditabur dgn coklat chips
Biskut Gambar 2 - sy gunakan resipi asal sepenuhnya tetapi menggunakan coklat pink untuk hiasannya
No comments:
Post a Comment