Monday, June 14, 2010

PETUA

Petua ni diperolehi secara lisan dr org lama.... terus terang cakap sy tidak @ belum lagi mengamalkannya, hanya ingin berkongsi ilmu mungkin boleh dimanafaatkan.... Bahan yang digunakan tiada sukatan tertentu, agak-agak sahaja mengikut keperluan kita.

PETUA RAMBUT CANTIK

Bahan-bahan

Daun inai
Asam jawa
Gambir
Arang
Nasi
Asam keping
Serbuk teh
Air panas

Rendam teh dan asam keping dengan air panas. Tumbuk/blend inai, asam jawa, gambir, arang dan nasi. Lepas tu campurkan dengan bahan teh yang direndam tadi. Tapis airnya. Sapu air seminggu sekali selepas bersyampu. Ulang lagi apabila air di rambut dah kering. Lebihan boleh disimpan dalam peti ais.

Mengikut kata yang menurunkan petua ni, jika diamalkan boleh melambatkan uban, rambut jadi hitam/lembut dan menghilangkan migrain.

PETUA UNTUK KESIHATAN RAHIM

Bahan-bahan

Majakani
Kunyit
Halia bara
Madu

Rebus majakani, kunyit dan halia bara. Setelah air suam campurkan madu dan minum.

No comments:

Post a Comment