Saturday, June 19, 2010

DONUT

Percubaan buat donut mcm kt Big Apple.... deco x lengkap... itu je yg ada dlm laci doraemon.... next time umi kna soping pelbagai aksesori lg utk deco cenggini... ok la ni utk first trial kan... Biasa la saiz besar gedabak, bkn pe nk cpt siap lgpun 2 boboyz ni asik dok ngacau je.... letih otak dok pk cmne nk wt keja dlm aman.....

Saya guna 2 versi yg berlainan... resipi Suria dr reseipidot.net n satu lg donut mix. Kedua2nya mabeles.... Sebahagian donut ni sy goreng 1/2 msk n frozenkan.




Hias dgn cooking cklt topping gajus n topping bluberi filling


Ada request nk yg original....

DONUT SURIA

200 ml air suam
2 sudu besar shortening (sy guna majerin)
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1/2 paket yis mauripan

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Uli hingga sebati dan doh licin agak2 dlm 20 minit. Kemudian rehatkan adunan 10 minit. Kemudian bentukkan adunan, susun atas dulang yg dilapik plastik dan ditabur sdkt tepung. Rehat lagi 30 minit dan bolehlah digoreng.


SOFT DONUT MIX

212 ml air
500 gm soft donut mix
6 gm yis (sy guna 1/2 paket yis mauripan)

Bancuh semua ramuan selama 17 minit sehingga doh menjadi licin. Rehatkan doh selama 10 minit. Kemudian bentukkan adunan, susun atas dulang yg dilapik plastik dan ditabur sdkt tepung. Biarkan doh kembang selama 30 minit. Goreng hingga kuning keemasan.

Nota: Jika menggunakan bread maker, sila masukkan bahan2 mengikut turutan resepi. Utk uli tangan, campurkan semua bahan2 kering dan akhir sekali air. Sukatan air boleh dikurangkan atau dilebihkan bergantung kpd doh iaitu licin dan tidak melekat di tangan.

No comments:

Post a Comment