Masih lg kek dr kelas baking.... penah sekali je mencubanya.... ntah mcm serik je nk buat.... walaupun renyah tp berbaloi..... cuba la.....
KEK GULUNG DOMINO
225 gm gula halus (boleh kurangkan kpd 210 gm)
150 gm tepung gandum
100 gm air sejuk
110 gm mentega (dicairkan)
90 gm tepung jagung
1 1/2 camt baking powder
1 camb ovelette
9 biji kuning telur
6 biji putih telur
1 camct vanilla
Hiasan: Susu manis @ jem @ buttercream @ whipped cream (option)
Ayak tepung gandum, baking powder dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Masukkan bahan2 lain kecuali mentega cair. Pukul hingga kembang dan pekat. Perlahankan mesin, masukkan mentega cair dan gaul perlahan2.
Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Warnakan 1 bahagian merah dan 1 bahagian lagi hijau. Alaskan loyang 14x10" dan bakar selama 30 minit dgn suhu 180C.
Bila kek sejuk, potongkan 1/2" x 14" memanjang sebanyak 12 potongan bagi setiap warna kek. Ambil 6 warna merah dan 6 warna hijau dan susunkan tiap2 potongan secara berselang seli antara satu sama lain. Antara potongan lekatkan susu manis/jem/buttercream/whipped cream sebagai pelekat@gam. Buat kaedah yg sama kpd baki potongan2 setiap warna tadi. Bungkus kemas2 dgn kertas minyak, simpan di dalam peti sejuk.
Dengan menggunakan resipi dan kaedah yg sama, buatkan utk pembalut luarnya pula. Adunan dibiarkan warna asal. Bakar di dalam 2 loyang bersaiz yang sama. Setelah masak, sejukkan dan boleh dibungkus potongan kek berwarna yang dicantumkan td. Boleh dpt 2 gulung kek.
No comments:
Post a Comment