Juga kek peberet ank2.... resipi mix & match dr pelbagai sumber
KEK FLAN BUAH-BUAHAN
Kek:
250 gm vanila sponge mix
1 camca teh ovelette
4 biji telur
50 ml air
50 ml minyak
Hiasan:
1 tin buah aprikot (hiris)
1 biji buah kiwi @ strawberi
Badam keping (dibakar 10 minit)
Sedikit piping jelly
500 ml krim putar
Cara-cara:
Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mangkuk pengadun. Putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu atau adunan menjadi berganda.
Akhir sekali masukkan minyak dan berhentikan mesin pengadun.
Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan adunan sehingga sebati dan rata.
Alaskan loyang 9” dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak.
Terbalikkan loyang di atas redai sebaik keluar dari ketuhar. Biar sedikit sejuk sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sementara menunggu kek masak, pukul krim putar hingga kembang & kental.
Simpan di dalam peti ais sebelum menggunakannya.
Cara Menghias:
Potong melintang kek span menjadi tiga bahagian.
Sapukan sedikit krim putar pada lapisan pertama kek span.
Letak lapisan kedua kek span, sapu krim di permukaannya.
Letakkan lapisan terakhir.
Sapu baki krim putar di keliling & atas kek. Hias dengan buah-buahan di atas kek, taburkan badam keping di sekelilingnya dan kemaskan mengikut citarasa.
Akhir sekali, sapu dgn berus secara lembut piping jelly ke atas buah2an td spya ianya npk segar n berkilat.
Kek hendaklah disimpan di dalam peti sejuk supaya krimnya tak basi.
No comments:
Post a Comment