Sunday, June 27, 2010

MASAK LEMAK PUCUK PAKU

Salah satu menu peberet anak2.... heran jga dia org bole suka mkn sayur exotic ni... walau bagaimanapun, layan je la ye...... resepi tradisi dpt dr mak...



MASAK LEMAK PUCUK PAKU

1 ikat pucuk paku

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
Sedikit lada kecil (kalu nk pedas boleh tambah)
1/2 inci kunyit hidup

1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 btg serai (diketuk)
Sedikit garam/gula

Siang pucuk paku, ambil yg lembut sahaja. Selepas itu rendam dgn air garam lebih krg 1/2 jam, tujuan utk mengeluarkan penghuni di dlm daun2 yg bergulung itu. Kalu ada, penghuninya akn lari menyelamatkan diri ke tepian bekas rendaman pucuk paku td. Kemudian, bilas n toskan. Seboleh2nya penyediaan dibuat awal supaya pucuk paku benar2 kering utk mendapatkan masakan yg benar2 menepati citarasa.

Setelah itu, campurkan semua bahan tumbuk, santan, pucuk paku, serai, garam n gula ke dalam periuk. Santan hanya separuh drpd pucuk paku kerana ianya akan kecut slps dimasak nnti serta semasa proses memasakpun, pucuk paku akan mengeluarkan air (sb itulah perlu ditoskan terlebih dahulu).

Masak dgn api sederhana, perlu dikacau selalu supaya tidak bergentel. Setelah pucuk paku layu n kuah dh menggelegak, bolehlah diangkat n hidang.

No comments:

Post a Comment