Saturday, June 26, 2010

EXPRESS PIZZA

Selagi x tido, selagi tu la lapar n mulut nk mamam.... pulak tu bila semua ada ni, sonok main pondok2 n ilang penat tgk dia org mamam.... berbaloi2 umi bertungkus lumus di magic kitchen smbil 'berperang' dgn boboy3.... Pandainyeeee umi buat magic.... menggunakan roti pita, belah 2 melintang, isi topping pe yg ada dlm magic frezer maka jadilah pizza.... ank2 dok puji sebiji sebijun mcm kt pondok pizza.... not bad... next time bolehlah kerah mek Bibik Malaya plak uli doh pizza....

Bila dh msk nmpk mcm terkurang plak cheesenya.... walau bgaimanapun, ianya x menjejaskan rasanya.... topping atas pizza adalah hasil susun atur anak dara yg sorang ni....




EXPRESS PIZZA

Base pizza:

2 keping roti arab (belah 2 melintang) - beli di pasaraya gergasi

Bahan sos pizza:
50 gm pizza sauce mix (boleh beli di kedai bakery supplier)
1 tin tomato puree/paste
50 gm gula (lbh krg 5-6 sudu besar)
Sedikit air

Bahan topping pizza:
3 keping daging burger (defrost n hancurkan)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar cili boh (boleh krgkan, sian td Boboy3 mkn sambil ulam dgn air)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air

Bahan lain:
1 biji tomato (potong dadu)
4 batang sosej (potong bulat)
Keju mozarella (parut)

Cara bahan sos pizza:
Campurkan semua bahan n masak hingga pekat. Dapat banyak ni so bole simpan utk kegunaan akan datang. Sy simpan dlm tpt beku.

Cara bahan topping pizza:
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh. Kemudian masukkan daging n air. Setelah itu masukkan pula bahan perasa. Masak sehingga kering. Setelah masak buangkan minyak2 yg ada.

Cara membuat pizza:
Sapukan roti arab dgn sedikit bahan sos pizza sehingga rata. Lapisan yg nipis sahaja mcm sapu butter pd roti. Kemudian letak pula topping yg telah dimasak td. Tabur buah tomato, susun sosej n akhir sekali tabur cheese. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit.

No comments:

Post a Comment