Thursday, June 10, 2010

BAN SOSEJ BERPINTAL



BAN SOSEJ BERPINTAL

1 biji telur
260 ml air
110 gm gula
1 sudu kecil garam
60 gm mentega
480 gm tepung roti @ high protien
120 gm tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
11 gm yis segera

Bahan hiasan:
Sosej ayam
Mayonis
Sayur campuran
Sos tomato/cili

Kaedah doh seperti resipi Bun Tuna dalam entri sebelum ini. Setelah proses penyediaan doh tamat, bahagikan doh seberat 50 gm setiap satu. Canai doh selebar tapak tangan. Masukkan sosej di tengahnya dan lipat. Potong kepada 8 bahagian seperti sikat (sosej putus tetapi doh tidak putus). Putarkan 1 bahagian ke kanan dan sebahagian lagi ke kiri. Ulang sehingga habis. Biarkan ia naik. Sapukan kuning telur, taburkan sayur campuran, paipkan mayonis dan sos.

Bakar 160C selama 20 minit. Selepas masak paipkan lagi sekali mayonis dan sos. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment