Monday, June 7, 2010

KEK COKLAT BASAH

Resipi diperolehi dr kelas baking..... berbeza dari segi kaedah pembuatannya....




KEK COKLAT BASAH

Bahan dimasak:
1 cawan serbuk koko (ayak)
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair

Masak hingga sebati dan biarkan sejuk.

Bahan kek:
250 gm butter
230 gm gula halus
6 biji telur gred A
1 sudu teh ovelet
1 sudu teh vanila

Bahan diayak:
230 gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder

Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur bersama sebahagian gula hingga kembang. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan ovelette. Masukkan kuning telur, cairan coklat, tepung gandum dan putih telur bergilir-gilir menggunakan manual hingga habis. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar dengan suhu 170C selama 55 minit. Pastikan loyang berisi air diletakkan di rak bawah oven bagi memastikan kek kekal lembab.

Fudge coklat:

200 gm whipped cream
500 gm coklat masakan
50 gm butter

Masak semua bahan menggunakan double boiler sehingga likat. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan hiaslah mengikut citarasa.

No comments:

Post a Comment