Sori, mutu gmbo kureng.... insyaAllah klu sy buat di msa akn dtg, sy gntikan dgn gmbo yg baru.... Resipi dr kelas roti...
BUN EPAL
Bahan doh:
160 ml air
1 biji telur
110 gm gula
100 gm majerin/butter
1/2 sudu kecil garam
600 gm tepung high protien
1 paket yis
Bahan inti (A):
400 gm epal (4 biji) – potong dadu
150 gm gula
Secubit garam
Jus limau
(B) 40 gm tepung jagung
40 ml air
(C) 20 gm mentega
Bahan hiasan:
50 gm tepung gandum + 1 sudu minyak masak
1 sudu makan minyak
60 ml air
Pewarna hijau
Penyediaan inti (sediakan terlebih awal):
Rendam epal ke dalam jus limau seketika. Bilas sedikit dan campurkan semua bahan A. Masak atas api sederhana. Apabila mendidih, masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati dan angkat. Masukkan pula bahan C dan sejukkan.
Penyediaan doh:
Kaedah doh seperti resipi Bun Tuna dalam entri sebelum ini. Setelah proses penyediaan doh tamat, bahagikan doh kpd 50 gm. Bentukkan roti anda dan masukkan inti epal. Biarkan ia naik selama 45 minit dan paipkan bahan hiasan di atasnya. Bakar 150-155C selama 20 minit.
Bahan hiasan:
Mula-mula kacau rata tepung gandum dan minyak. Kemudian satukan semua bahan yang lain, gaul rata dan ketepikan.
No comments:
Post a Comment