Monday, June 7, 2010

KEK COKLAT LEMBAB

Lg resipi dr kelas baking..... gambar hnyalah sbg contoh hiasan.... pelbagai gaya deco boleh diaplikasikan....





KEK COKLAT LEMBAB

Bahan diayak:

420 gm tempung naik sendiri
100 gm serbuk koko
8 gm soda bikarbonat

300 gm mentega
4 biji telur
300 gm gula kastor
350 ml susu UHT
1 camt esen vanila

Cara-cara:
Putar mentega dan gula kastor hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga semua tepung itu habis.
Masukkan susu UHT, adun sebati.
Tuang adunan tadi ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 180C selama 40 minit.
Sejukkan kek sebelum dihias dgn aising fudge dan kepingan badam yang dibakar.

Aising fudge:

50 gm serbuk koko
75 gm marjerin
200 gm gula aising (ayak)
6-8 camb susu cair @ susu UHT (tambah jika perlu, bergantung kpd kelikatannya)

Dengan api yg perlahan, cairkan mentega, masukkan serbuk koko. Alihkan daripada api. Masukkan gula aising, campurkan susu cair. Kacau hingga sebati. Kacau semula di atas api yg kecil hingga semuanya sebati dan menjadi likat.

No comments:

Post a Comment