Monday, July 5, 2010

BINGKA UBI KAYU

Melayan tekak mak buyung.... inilah dia hasilnya.... buat mlm smlm, cdg nk bw ke ofis pg td, tp terpaksa plak EL sb ank demam.... so, bingka dh dikorbankan sdkt utk posing vogue gitu..... sumber resepi dr periuktanah.blogspot.com... harap Kan An halalkan sy amik resepi n CnP resepi kt blog sy.... TQVM

Pndpt sy, bingka ubi yg teramat la sedap, klu bakar cara mak2 di kg mgkn lg best... sy sengaja biarkan ianya sdkt berkerak.... suka yg kerak2 tepi tu.... rasa manis n lemaknya seimbang.... mgkn klu guna santan asli lg superb kot... x rugi mencubanya...



BINGKA UBI KAYU
Sumber: Periuktanah.blogspot.com (Kak An)

Kak An buat menghasilkan 1 loyang bengkang 7 X 7 inci
Sy buat dpt 1 loyang bulat 10 inci

Bahan-bahan:
4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
(sy guna 200 ml santan kotak + susu cair utk menjadikan sukatan 2 cawan)
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan slebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.

Sunday, July 4, 2010

KETAM 4S @ 4 Rasa

Hasil skodeng dapur Kak Dayang Jack maka terhasil la menu ketam (lagi) pd hri ni... Insiden x diingini berlaku, Boboy1 luka ibu jari terkna sepit ketam.... tuuu dia hantu ketam sudah kena.... namun begitu, insiden ini tidak mematahkan semangatnya utk mengetam lg..... hihihi

Menurut Kak Dayang, ianya diberi nama 4S sb sweet, sour, salty & spicy... Mmg sedap, Boboy2 n Boboy3 mkn dgn berseleranya, wpun nmpk merah tp xpedas. Lagipun sy kurangkan cili apinya... Resepi sy CnP dr rmh Kak Dayang n TQVM ye....



KETAM 4S @ 4 RASA
CnP: Teratak Dayang Jack

4 ekor ketam segar (dipotong ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
sedikit garam
1 biji cili benggala (dihiris kiub) - (x letak sb xde stok)
1 biji tomato (dihiris kiub)
1/2 biji timun (dihiris kiub)
sedikit nanas (dihiris kiub)
1 biji cili merah (dihiris)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos cili Thai
2 helai daun limau purut

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas (x letak sb xde stok)
1 batang serai
10-12 biji cili api (guna 7 biji + 1 cili besar)

Cara-cara:
1. Gaulkan ketam bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus bersama asam keping hingga masak. Tuskan. (Boleh juga digoreng jika suka tetapi tidak perlu letak asam keping)
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan akhir sekali ketam yg sudah direbus/digoreng tadi. Gaulkan rata2. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
4. Setelah kuah kelihatan pekat, bolehlah ditutupkan api dan dihidangkan bersama nasi panas




Hantu ketam tercedera ibu jari

SAYUR BROKOLI DAN KOBIS

Sayur kawin campur, kes perabih stok dlm peti ais doremon... hari ni tmbah sekpg filet ayam utk kelainan.... layanzzzz je la tnpa resepi yek....



MUFFIN

Muffin utk minum petang.... Melimpah2 dr papercup sb terlebih muatan....



MUFFIN

1 1/2 cwn gula kastor (sy letak 1 cwn shj)
3 cwn tepung
2 camca teh serbuk penaik
1 cwn minyak jagung
1 cwn susu segar
4 biji telur

Bluberi filing, kiwi filing n cklt cadbury

Ayak tepung dan serbuk penaik. Campurkan dengan gula. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan minyak, susu segar dan telur. Gaul perlahan2 sehingga sekata sahaja. Masukkan dalam papercup, sudukan topping n bakar selama 25 minit suhu 180C.

Thursday, July 1, 2010

UDANG BUTTER

Resepi amik dr Milee's Kitchen dimasak oleh cik abgnya....
hasil yg amat la mabelesnya...
mlm ni amik dinner gara2 teruja dgn udangnya....
hai derhaka diet npknya....
xpe2 ni kna seminggu plak xleh mkn nsi la gayanya... hihihi...
resepi CnP dr dapur Milee.... anyway TQVM En. Zaidi n Pn. Milee ye....



UDANG BUTTER

15 ekor udang
1 kiub ayam knoor
setengah tin susu cair
5 tangkai daun kari
10 biji cili padi
1/2 biji butter cup
10 biji kuning telur
1 kotak tepung tempura @ KFC (sy gna tpg jagung + garam + kunyit, tpg tempura yilek)
minyak masak

Cara-cara:

Udang:
Bersihkan udang buang misai dan dibelah belakang basuh dan perapkan dgn tepung tempura selama 15 mnt dan goreng sehingga kuning keemasan.

Daun kari & cili:
Panaskan minyak masak goreng cili bersama daun kari sehingga agak garing.

Kuning Telur:
Panaskan 1/2 cwn minyak bersama 3 sudu makan butter, guna api pelahan, kacau kuning telur hingga sebati, titiskan sedikit demi sedikit ke dlm minyak td sambil mengacau dlm bentuk bulatan sehingga telur menjadi seperti benang berwarna kuning. Tuskan. Ulangi sehingga telur habis(part ni sy kureng puas hati sb xjdi benang2, jdi berkeping2 je, mgkn kna tgk live demo)

Susu cair:
Panaskan baki butter tadi sehingga cair, masukkan 1/2 tin susu cair dan kiub ayam, kacau hingga mendidih. Masukkan udang, cili, daun kari yang telah digoreng tadi, ke dlm susu yang telah mendidih. Campurkan separuh dari bebenang telur tadi dan gaul sehingga sebati.

Angkat dan tuangkan ke dlm pinggan. Taburkan telur selebihnya ke atas udang. Sedia untuk di makan.



BROKOLI GORENG

Menu simple utk dinner mlm ni... Xyah resepi la yekkk... tatap gmbo je la.... layanzzzz