Thursday, March 3, 2011

PUDING KASTAD GOYANG INUL



Alkisah puding ni my only gegerl yg request... sib baik semua bhn2 ada xyah start keta vroooooooom g kedai.... ekceli mcm2 versi yg pnh buat... kali ni versi hantam aje la mak labuuuuuuuu....

PUDING KASTAD GOYANG INUL

1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu pekat manis
10 1/2 cawan air
1 sudu besar mentega/marjerin

Satukan semua bahan, kacau rata. Setelah sebati barulah kacau di atas dapur dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. Setelah elok pekat n likat, tuang ke dalam acuan pilihan sama acuan kecil2 atau besar.

Kuah:
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 cawan susu pekat (bergantung kpd citarasa)

Campurkan semua bahan n kacau di atas api sederhana. Setelah menggelegak, angkat n sejukkan dalam peti ais.

Hidangan sampingan: 2 tin fruit cocktail

Nota: puding ni mmg penuh dgn rasa susu tnpa menggunakan telur....

KEK COKLAT STRAWBERI TUYU TUYU


Kejadian kek ni adalah secara x dijangka... klu nk kata tiba2 je tercokoh sebiji kek mustahil la plak... alkisahnya tiap kali selak buku resepi umi yg x terkira dlm rmh ni, si Boboy3 asik dok nyanyi tu yu tu yu dlm versi pelat ... alahai sian la plak, maka tgk pe yg ada dlm esbox/drawer doremon... alhamdulillah semua ada.... maka bertuyu-tuyu la umi di my magic kitchen.....

Kek span cklt guna span mix aje... kejadian pagar2 cinta tu pun adhoc jga.... oleh kerana cklt ganache x dibuat awal2 maka ianya cair lg semasa dituang ats kek... meleleh2 x cntik lgsg... sememeh selekeh comot n apa lg words yg seangkatan dgnnya....

Pagar2 cinta itu tingat pnah tgk dlm blog hanamemories.blogspot.com.... buat tu pun main hantam keromo je... hana buat cntik, akk buat serabai.... ada jga yg patah... ganaz sgt... sori ye akk x reti nk buat link ke blog hana... akk tlg promo blog hana klu nk tgk in the making buat pagar2 cinta tu....

Layan resepi yg telah dipaksa kawin dgn mana2 resepi yg ada dlm pen drive or yg dh biasa buat....

KEK COKLAT STRAWBERI TUYU TUYU

300 gm cklt span mix
60 ml air
5 biji telur

60 ml minyak jagung / mentega cair

Satukan span mix, air dan telur. Pukul dgn kelajuan tinggi sehingga gebu dan ringan (seakan2 adunan bahulu). Akhir sekali, perlahankan speed mixer n masukkan pula minyak jagung/mentega cair. Kaup balik sebentar sahaja, tuang ke dalam loyang 10 inci diameter. Bakar dgn suhu 150C selama 1 jam (ikut suhu/masa oven masing2).

Coklat filling

200 gm whip cream
2 sudu besar serbuk koko

Ayak serbuk koko. Campurkan dengan whip cream. Putar hingga kembang. Simpan dalam peti ais sebelum digunakan.

Coklat ganache

250 gm whip cream
400 gm coklat masakan - potong dadu / hiris kasar

Panaskan whip cream dgn api kecil, apabila sedikit mendidih masukkan pula coklat masakan. Kacau sehingga coklat separuh larut. Tutup api n angkat periuk dari dapur. Teruskan mengacau sehingga semua coklat sebati / larut. Kaedah begini x perlu menggunakan double boiler. InsyaAllah dh byk kali sy buat xde hangit. Seeloknya dimasak sehari sebelum digunakan, nnti akan cantik kejadiannya n senang dilepa pada kek.

Hiasan:
1 paket strawberi - 7-8 bj diketepikan & bakinya dihiris nipis
Coklat yg diraut dgn pisau tajam jd spt kayu manis (Boboy2 yg bg nama ni....)
Coklat yang dibentuk spt kipas / pagar2 cinta coklat (apa2 hiasan ikut citarasa)

Cara membentuk coklat kipas

Pertama sekali cairkan coklat masakan secara double boiler dulu ye...
Masukkan dlm piping bag n lukis bentuk kipas or apa2 yg disukai di atas kertas minyak. Nak buat kecik or besar terpulang... setelah disejukkan dlm peti ais bole lah dipisahkan dr kertas minyak... hati2 semasa nk kuarkan dr kertas tu sb mudah patah.

Cara membentuk pagar2 cinta coklat

Tuang coklat secara mamanjang di atas sekeping kertas minyak. Kemudian tarik / lorek sebahagian menghala ke atas menggunakan lidi/chopstik/garfu. Sejukkan dalam peti ais. Kemudian bole la dipatahkan 2-3 keping lalu tepek pd kek ikut kreativiti.

Cara menghias kek:

1. Kek yang telah sejuk, dipotong melintang 2 or 3 or 4 keping (pertama kali selama menceburi dunia baking potong 4 lapis.... toing... toing...)

2. Ambil lapisan pertama, sapu rata2 1/3 coklat filling di atasnya. Kemudian susun hirisan strawberi. Tutup dgn lapisan kek yg kedua... buat begitu seterusnya sehingga habis adunan coklat filling, strawberi n kek lapisan ke4.

3. Kemudian lepa pula dgn cklt ganache.

4. Susun strawberi di sekeling atas kek. Susun pagar2 cinta di sekeling kek. Taburkan hirusan cklt kayu manis di tgh2nya.

5. Akhir sekali cucukkan kipas cklt di tgh2 kek. Sejukkan sebentar dlm peti ais sebelum dihidangkan.

Wednesday, March 2, 2011

SIEW PAK CHOY IN OYSTER SAUCE



Masak sayur ni senang sgt.... mcm kata kak rose - celur, potong susun, siapkan kuah n ready utk dingap..... sy CnP resepi dr kak rose yg katanya dia dpt dr rmh hanamemories.... TQVM semuanya....

SIEW PAK CHOY IN OYSTER SAUCE
Sumber: hanamemories.blogspot.com
CnP: Kak rose seripayaku.blogspot.com
Kongsi: my-magic-kitchen

Bahan-bahan
1 ikat sayur siew pak choy (kak rose guna 3 stalk) - sy guna sawi biasa aje, xtau nama
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang (ketuk)
seinci halia - cincang
1/2 biji bwg besar - sy tambah
air sedikit
serbuk perisa@gula - jika suka
tpg jagung + air sedikit utk pekatkan kuah - hana x ltk sbb dh pekat
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan (x letak)

Cara-cara
sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung + dbancuh ngan sedikit air.
didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

SAMBAL BELACAN TOMATO JUS LEMON + JANTUNG PISANG REBUS



Sesekali layan menu kampungan... perghhhh...!!! abis berterabur lari diet semuanya... nk buat mcm mana.... makan aje la sementara ada selera ni.... resepi sambal belacan sy CnP dr Milee's Kitchen.... dlm resepi asal guna belimbing buluh, sy xde stok tukar kpd tomato.... sy buat spt tulisan merah... TQVM ye Milee berkongsi resepi sambal yg sedap ni...

SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH JUS LEMON

Cili api (11 biji cili api + 1 biji cili merah)
Belimbing buluh (1 biji tomato dipotong dadu)
1/2 biji lemon ambil jusnya
Belacan (1 inci)
Sedikit gula (1 sudu kecil)

CARANYA:
Tumbuk cili api sehingga hancur.
Masukkan belacan , gula dan belimbing.
Tekan dan gesekkan sehingga semuanya sebati.
Keluarkan dari lesung batu dan tuangkan jus lemon dan gaulkan dengan sudu sehingga sebati.
Bolehlah dicicah dgn ulaman semasa makan nasi dll.

Nota: sy cicah dgn jantung pisang yang direbus bersama garam



Tuesday, March 1, 2011

APAM ENO



Dh lama buat apam ni bru ada masa nk N3 dlm blog.... hasilnya amat mendukacitakan, xtau mana silapnya... semuanya keluar kukusan leper aje... apam sombong xde senyum pun... xde 1 pun yg merekah... ish ish kna CSI kt mana silapnya ni.... wpun gitu, rasa ttp maintain sedap, manis sedang elok aje wpun xde kelapa parut.... rakyat bkn tau apa... hantam aje janji bole ngap....

APAM ENO
Sumber : FP MamaFaMi
Dikongsi: my-magic-kitchen

Bahan-bahan :
300 g tepung beras
8 - 10 sudu besar gula pasir (mama rasa lebih elok kalau ditambah lagi 2 atau 3 sudu) -
1 sudu besar yis kering
280 - 300 ml air
3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
pewarna merah
pewarna hijau

Kaedah penyediaan :
1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati.
2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi).
3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.
4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak.
6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi. - xde kelapa parut, makan gitu aje pun sedap....

UDANG GORENG KUNYIT



Resepi yg simple n campak2 aje... menu tergempar di kala waktu mencemburui....

Gaul udang dgn kunyit, garam & sedikit sos tiram. Perap sebentar. Kemudian panaskan minyak, tumis udang tadi. Masukkan hirisan bawang besar & sdkt air. Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.