Monday, August 22, 2011

TART STRAWBERI


Sana sinun meriah sungguh dapur kwn2 dgn biskut raya... saya je yg selalu tertggl lrt... emmm ada msa skit ni bole la share sama... ekceli dh mula mengukis mnggu pertama posa lg... tema bskt raya tahun ni edisi penghabisan stok tahun 2010... tp almaalum la... hrp kwn2 faham yek... sentiasa x cukup tgn rasa nk pinjam tangan sutun.... Sy gunakan resepi sama yg CnP dri blog Kak Ina KL... nama tart nenas sedap... sy ubah je guna jem nenas yg diperisa strawberi... dah ada dlm blog ni bole cari bwh label biskut....

TART STRAWBERI

250gm butter - kak ina gunakan butter jenama tatura (sy guna buttercup)
60 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila

Bahan ayak
300-330gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30gm tepung kastad
20gm susu tepung (terlupa nak letak tp x mencacatkan rasa)
2gm garam halus (x letak)

Tambahan:
Sedikit warna pink
Sedikit perisa strawberi

Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6. (sy guna acuan tart gulung, slps gulung masukkan dlm papercup)
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

Nota: utk sapuan atas, kuning telur + sedikit warna merah jambu

Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.
sy guna jem edisi tahun 2010


Tuesday, August 16, 2011

PENKEK PISANG yg sgt sedappppp....



Tiba2 tingin nk mkn penkek la plak... menu yg sgt senang n ternyata sedap... bkn angkat bakul sendiri tp mmg itulah kenyataannya.... emmmm simpan sampai sahur pun msih lembut lg... Jom layan resepi yg biasa sy buat yek....

PENKEK PISANG

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam halus
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
240 ml air (bole juga ganti dgn susu segar atau susu cair)
2 sudu besar mentega/majerin (dicairkan)
8 biji pisang emas lemak manis

1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati (sy guna blender).
2. Panaskan kuali dan sapu dengan mentega/majerin.
3. Dadarkan adunan di atas kuali dan masak sehingga kekuningan.


Thursday, August 11, 2011

XTVT SEBELUM RAMADAN

Salam...

Terlebih dahulu jutaan maaf sejak Ramadan yg hampir berlalu 1/2 bulan ni msh lum ada lg N3 main pondok2... tuan dapo msh bz n tahun ni dapo amat jarang berasap... menu berbuka byk yg beli... almaklum la smpi rmh kul 6++... itupun dh siap pesan dgn Boboy1 minta masak nasi klu kul 6 lum smpi rmh lg... Alhmdulillah, hari ni kureng bz skit so nk N3 xtvt 2 hari sblm posa...

Idea cat porch ni dtgnya dr Boboy1... sejak pindah mmg xpnah tukar masih cat asal walhal jiran kiri kanan dpn blkg dh tukar warna lain... slps kami anak beranak mengadakan perbincangan meja bulat warna ni yg dipersetujui... hentam aje la labu asalkan meriah n sedap mata memandang....

Walau bagaimanapun, grill msh lum ditukar cat... mcm x kena je gabungan cat grill n dinding tu.... namun begitu KIV dlu la... pelan2....

Di kesempatan ini umi nk ucapkan ribuan terima kasih kpd anak2 umi yg saling bekerjasama membantu antara satu sama lain dalam menjayakan misi mengecat porch tempohari.... Umi amat berbangga dgn kalian semua... alhamdulillah moga ianya terus berkekalan.... amin....








Terpaksa dikurung dlm rmh sb tolong kacau....



Xde pekdah pelihara budak berbulu ni.... asik makan tido je... ckitpun xdpt kederat dia org... tgk la selamba je membuta.... hihihi


Org panggil kekuda.... anak2 panggil kerusi kuda... hentam aje la...


Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADAN 1432H


Alhamdulillah, dengan izinNya berjumpa lagi dengan Ramadan pada tahun ini...

Bulan mulia menjelma lagi
Medan tarbiyah membina diri
Mengharap kepada redha Ilahi
Mengisi kelemahan diri sendiri
Rahmat Allah amat dipohohi
Moga diampuni dosa dahulu dan kini

Ya Allah, berilah kami hidayah dan taufiq Mu
Agar Ramadan ini kami sentiasa mendapat tempat teristimewa di sisi Mu

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Amin

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua yang sudi berkunjung ke dapur maya saya...

Tuesday, June 21, 2011

MAIN PONDOK-PONDOK - Crunchy Chocolate Chips Cookies

XTVT ujung minggu dgn ank2... kebetulan my besfren dtg rmh... kmi borak sakan smpi ke subuh... almaklum la lost contact dh 17 th... ank2 pun mesra ya amat dgnnya... mcm2 hal msa buat kukis ni... tgk la sndiri kejadian kukis, mcm2 patern... yg kelakarnya n mendpt byk komen dr rakan di FB sy adalah gmbo yg ke-8 tu... msing2 dok pakat gelak guling2.... terjemahkan sndiri patern apa tu ye... tp bila dh bakar ok je... resepi bole cari kt label biskut... sori, nk buat link x bljr lg... hihihi












Tuesday, June 14, 2011

KEK ZEBRA


Kek yang dibuat mggu lps utk kudapan ank2 sempena cuti sekolah... kek yg lembut n gebu... ni kira ulangtayang buat tp bru pertama kli enterprem dlm blog.... layanzzzz

KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (sy guna 4 biji gred B)
110 gram gula kaster (sy guna 100 gm je)
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko (sy guna 1 sudu bsr)
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/badam cincang (sy x letak)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas di bakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat ke dalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.