Monday, August 22, 2011

TART STRAWBERI


Sana sinun meriah sungguh dapur kwn2 dgn biskut raya... saya je yg selalu tertggl lrt... emmm ada msa skit ni bole la share sama... ekceli dh mula mengukis mnggu pertama posa lg... tema bskt raya tahun ni edisi penghabisan stok tahun 2010... tp almaalum la... hrp kwn2 faham yek... sentiasa x cukup tgn rasa nk pinjam tangan sutun.... Sy gunakan resepi sama yg CnP dri blog Kak Ina KL... nama tart nenas sedap... sy ubah je guna jem nenas yg diperisa strawberi... dah ada dlm blog ni bole cari bwh label biskut....

TART STRAWBERI

250gm butter - kak ina gunakan butter jenama tatura (sy guna buttercup)
60 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila

Bahan ayak
300-330gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30gm tepung kastad
20gm susu tepung (terlupa nak letak tp x mencacatkan rasa)
2gm garam halus (x letak)

Tambahan:
Sedikit warna pink
Sedikit perisa strawberi

Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6. (sy guna acuan tart gulung, slps gulung masukkan dlm papercup)
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

Nota: utk sapuan atas, kuning telur + sedikit warna merah jambu

Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.
sy guna jem edisi tahun 2010


No comments:

Post a Comment