Wednesday, August 24, 2011
AYAM SOS TIRAM
Time sampai rmh awal ini la hasilnya... msk yg simple2 aje...
AYAM SOS TIRAM
Sumber: my-magic-kitchen
4 ketul ayam (potong kecil, gaul garam + kunyit)
Bahan tumis
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (ketuk)
1 biji kentang (hiris sederhana nipis)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka
Garam/gula utk perasa
Goreng ayam, jangan garing sgt tau. Kemudian goreng kentang. Ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit sahaja. Tumis bahan2 hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 sos dan perasa. Masukkan sedikit air jika agak kering. Akhir sekali masukkan ayam dan kentang. Kacau2 sebentar, angkat dan hidangkan.
Labels:
Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment