Monday, August 22, 2011

BISKUT KUACI LABU

Ni lagi biskut hasil dari harta karun (kuaci) tersimpan dr tahun lepas lg... Resepi x ingt CnP dr mana dh lama simpan dlm pendrive.... so, kpd tuan punya minta izin share kt sini ye... bskt yg lemak2 rangup gitu....



BISKUT KUACI LABU

Bahan A
250gm mentega
140gm gula halus
2 bj kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
60gm kuaci labu kisar halus
100gm cornflakes kisar halus
40gm coffeemate (sy guna susu tepung)
60gm tpg jagung
400gm tpg rose (sy guna tpg gandum)

Kuaci labu & kuning telur utk hiasan

1. Kacau mentega dgn gula hgga sebati jgn lama2 nanti biskut kembang gedabak bila bakar.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
3. Masukan bahan B ikut turutan, uli dan terap mggunakan acuan yg di sukai.
4. Hias dan bakar 20 minit suhu 180.


No comments:

Post a Comment