Wednesday, August 24, 2011

SNOWY SUGEE


Biskut yg sgt popular dari dulu lg... kira biskut warisan rakyat Malaysia... kini telah dipelbagaikan... disalut dgn gula, bermadu dgn 3 kaler dan macam2 lagi la... kali ni sy try salut dgn susu tepung pula... biskut yg lembut n cair dimulut...

SNOWY SUGEE

125 gm minyak sapi
100 gm gula aising
250 gm tepung gandum
Susu tepung (sy guna brand Everyday)
Sedikit gula aising
Papercup

Pukul minyak sapi dan gula aising. Tidak perlu sampai kembang, sekadar pukul2 manja sehingga sebati aje... Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jika dh bole dibulat2kan, x perlu habiskan tepung. Jika adunan masih lembik masukkan sedikit lagi tepungnya. Kemudian gentel bulat sebesar guli... nk besar lagi gentel besar bola ping pong @ gola tenis or bola sepak... hihihi... bakar 15-20 minit ikut suhu oven masing2. Setelah biskut sejuk golekkan dalam susu tepung + gula aising. Letak dalam papercup.



No comments:

Post a Comment