Friday, August 26, 2011

SAWI PAKCHOY TAUHU JEPUN


Lagi berbuka dgn sayur dimasak simple...

SAWI PAKCHOY TAUHU JEPUN

4 batang sawi pak choy
1 batang tauhu Jepun
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit garam

Buang akar sawi, style sy kerat batang & daunnya. Potong tauhu jepun & goreng. Kalu rajin lumur dgn tepung jagung baru goreng. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan sawi dan sedikit air. Kemudian masukkan sos tiram & garam. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, angkat & hidangkan.

Nota: Sawi boleh juga dicelur, susun sawi & tauhu dalam pinggan lalu dicurah kuahnya


KUIH SI CANTIK MANIS


Kuih ni mmg sedap n senang sgt nk buat... rasa seindah rupa... sy gunakan sagu kasar lebihan Cendul Express aritu... kalu buat lg nk letak sagu byk2 biar nmpk terbeliak sebiji2 sagunya... terima kasih hazila n izinkan sy CnP dr dapur ye...

KUIH SI CANTIK MANIS
Sumber: Hazila mysmallkitchen
Resepi beliau ambil dari Indonesian-Eats

Bahan bahan
• 100 gms biji sagu (campuran 3 warna - merah, hijau & putih )- sy main agk2 je sukatan sagu ni
• 50 gms tepung hunkwe
• 500 ml santan
• 90 gms gula
• Daun pandan
• Sedikit garam

Cara cara
1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan sagu dan masak hingga biji sagu menjadu lutsinar, tapiskan (sy guna sagu kasar beli yg dh siap masak/warna)
2. Bancuh tepung hunkwe dengan sedikit santan, baki santan masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan gula, daun pandan dan garam. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung hunkwe tadi ke dalam santan yang sedang mendidih dan kacau sekata.
4. Masukkan juga biji sagu yang telah ditapis tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
5. Tuang ke dalam acuan yang sesuai dan sejukkan.


Thursday, August 25, 2011

DUGAAN DI BULAN RAMADAN

Tanggal 14 Ogos 2011, marathon ke klinik n GH... Boboy2 kena serangan asthma... x penah2 hayat kena 2 kali dlm 1 hari... trip pertama ke klinik kul 10 pg... then kali kedua kul 4.30 petang... sib baik ada mknan yg MIL tapau hari Sabtu tu so dpt la dipanaskan as juadah berbuka.... sampai rumah pun dh dkt nk berbuka... la ni dok pantau no ice, no ice cream, no cold dessert, no kerepek... sian kt dia... xpe la moga2 bila dh bsr nnti asthma tu sembuh...

kt klinik
tingin sgt nk naik wilca
tersengih xde gigi dgn ubat Boboy2
kt GH
alhamdulillah, result X-ray xde jangkitan kuman

SOTONG GORENG KUNYIT


Menu peberet anak2...

SOTONG GORENG KUNYIT
Sumber: my-magic-kitchen

Bahan A
4 ekor sotong (bersihkan & potong)
1 sudu kecil kunyit hidup tumbuk
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos tiram

Bahan B
1 tangkai daun kari
1/2 labu bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - ketuk

Gaul semua Bahan A & perap 10 minit. Kemudian tumis Bahan B hingga naik bau. Selepas itu masukkan pula sotong yg telah diperap tadi. Jika nk berkuah masukkan 1-2 sudu besar air. Kacau, angkat & hidangkan.

Nota: sotong dimasak sekejap sahaja, jika lama di atas dapur akibatnya sotong akan liat.


CENDUL EXPRESS


Cuaca panas2 mmg nyaman tekak dpt berbuka dgn dessert camni... resepi campak2 aje... nama cendul express...

Antara bahan2 ialah:

Cendul
Sagu kasar (merah)
Sagu kasar (kuning)
Cincau dicincang
Santan
Air gula melaka

Kuantiti bahan2 ikut citarasa. Emmmmmm mmg x nmpk mak mertua kalu lalu dr belakang....



Wednesday, August 24, 2011

SAYUR CAMPUR



Sayur yg ringkas utk berbuka puasa. Padanan lobak, kobis & salad. Xperlu resepi la yek... jamu mata aje...