Friday, January 14, 2011

STEW AYAM ORGANIK



Menu ni dh berkurun msk baru ada msa nk N3 dlm blog... ekceli msk kt rmh adik di KL bln lps... xde guna sukatan yg tepat main campak2 aje... biasa msk guna resepi kak liza ni... so sy tempekkan resepi kak liza utk rujukan semua... resepi kak liza ni guna mikrowave tp kebiasannya sy msk atas dapur aje... klu guna dapur masa memasak agk lama sedikit kaedah merenih gitu... TQ kak liza resepi yg senang dan berkhasiat...

STEW AYAM ORGANIK

500 gm ayam

Bahan dimayang halus:
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)

1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah - mayang (sy x letak)
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]

Bancuh: 1 s/k tepung jagung + 1/2 cawan air

1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
garam/gula secukup rasa

Sy tambah:
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 batang celery

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.

Thursday, January 13, 2011

CHEESE TART

Antara peberet anak2.... resepi Chef Alex Goh tetapi short cut guna puff pastry shj... resepi asal adalah Blueberry Cheesetart tetapi sy pelbagaikan filling... kes perabihkan stok yg belum luak2 lg tu... yg memberikan isyarat supaya rajin2 la klung kleng di dapo... disertakan resepi yg lengkap sbg panduan kpd sesiapa yg ingin mencubanya....

Blueberry Cheesetart
Strawberry Cheesetart
Kiwi Cheesetart
Plain Cheesetart


BLUEBERRY CHEESETART
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A

200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

AYAM CETI


Dh byk kali buat resepi ni... CnP dri blog topturvymom... tqvm ye TTM... peberet Boboy1... N3 ni sbg menunaikan janji lapok kpd kwn2 FB... mmg xkan rugi mencubanya....

AYAM CETI

1/2 ekor ayam - basuh, lumur garam dan kunyit, goreng sampai masak.
Minyak untuk menumis
1 1/2 sudu kecil jintan halus (nama omputih cummin seeds)
setangkai daun kari
satu biji bawang besar, hiris
6 ulas bawang putih ketuk
1/2 inci halia ketuk
2 sudu besar cili kisar(kisar dgn bawang merah dan bwg putih)
2 sudu besar rempah kari IKAN
3 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar kicap manis
garam gula penyedap rasa

1. Tumis jintan ngan daun kari.
2. Masukkan bwg putih ngan halia. Kacau sampai naik bau
3. Masukkan cili kisar dan bwg besar. Kacau sampai garing
4. Masukkan rempah kari ikan, kacau sampai naik minyak
5. Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masukkan ayam goreng dan kacau rata.

Wednesday, January 12, 2011

AYAM GORENG MAMAK


Peberet seantero rakyat jelata kt rmh ni.... seminggu 2-3 kali buat menu ni... nk senang, perap sekor n goreng aje bila nk mkn... lg lama perap lg mengancam.... kureng ingatan plak dpt resepi dr mana...

AYAM GORENG MAMAK

10 ketul ayam
1 sudu besar cili boh (nak guna serbuk cili pun bole juga)
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar kunyit
garam/gula/sos tiram/kicap secukup rasa

Bahan tumbuk:
5 ulas bwg merah
2 inci halia
daun kari

1 biji telur
Sedikit tepung jagung (atau campuran tepung beras + tepung gandum)

Perap ayam dgn kesemua bahan kecuali tepung dan telur. Semasa nk goreng baru campurkan telur, gaul rata dan celup dalam tepung. Bedak2kan ayam tu kasi comey... Goreng hingga masak dan bertukar warna kuning keemasan.

Muffin Coklat


Hampir sebulan xde N3 main pondok2... maaf la kpd yg sudi singgah tp dpt menu yg dh basi.... ekceli xtvt main pondok2 tetap ada... mklum la rakyat jelata kt rmh tu rmai... semuanya dok ngah ngah aje... tp tgn x cukup nk capai semuanya.... rsa mcm nk pinjam tgn sutun plak... tp apakan daya adalah mustahil n kita patut bersyukur dgn apa yg ada pada kita.... alhamdulillah atas nikmatNya.... ececeh melalut plak yek... dh la alasan skema memanjang (bz sgt konon) nk N3 baru.... korner jauh plak... hihihi

Ini dia resepi Muffin Coklat yg dibuat utk goodies Boboy2 sempena besday yg ke-7 9/1/2011 (Ahad)... so, Boboy2 bwa ke kelas pada hari Isnin baru2 ni.... bila ditanya kwn2 acik suka x muffin? dia ckp suka... aikkkkk dia pun bw balik seketui pdhal kt rmh pun ada lg belen 2-3 ketui.... emmmm namapun bebudak kan...

Sy CnP dari folder resepi sy tetapi sumber x dpt dikesan dr mana... kpd tuan punya resepi harap halalkan ye... cukup mudah nk buat, gode aje mcm buat jemput2 tu... cma pada tekak sy amat terasa soda bikarbonate tu... lain kali bole kureng ckit kot.... sy sengaja taburkan biji kuaci kt atasnya, kes nk perabihkan stok yg dh makan tahun tu....

MUFFIN COKLAT
(10 biji)

1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
3/4 cawan yoghurt plain
1/2 cawan susu coklat (sy bancuh 3 cmb milo + 1/2 cwn air)
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat cip

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, bicarbonate of soda dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.

Tuesday, January 11, 2011

Sessi persekolahan bermula & besday Boboy2.....


Alhamdulillah... pejam celik pejam celik dh masuk tahun 2011... tahun ni Boboy2 memulakan sesi persekolahan untuk Tahun 1.... emmmm mmg bersemangat dia.... sessi pendaftaran pada 30/12/2010 & hari pertama sekolah dalam suasana hujan lebat.... walau bagaimanapun, ianya adalah anugerahNya... kita sbg hambaNya patut bersyukur di dalam apa jua keadaan sekalipun....


Hari pertama sesi sekolah berjalan dgn lancar... wpun umi xsempat utk menemani ke kantin sewaktu rehat, alhmdulillah Boboy2 pandai berdikari.... pandai dia soping bekfas dgn kwn... katanya "acik beli nasi lemak seposen, air milo seposen..." kelakor la acik ni.... bkn seposen la, singgit.... lps tu dia ckp esok nk lima ringgit.... terkejut umi nk buat apa? dia ckp nk beli air time tggu van... rupanya dia nk extra lima posen.... alahai msh bru bljr pegang duit so konpius lg kot.... xpe pelan2...


Ahad 9/1/2011 adalah besday Boboy2 yg ke-7.... umi x buat kek sb bkn besday pun umi buat.... insyaAllah umi akn buat wiken nnti bila Along ada blik dr hostel n kita bole celebrate sama-sama.... so, dgn gembiranya umi bikin muffin coklat sbg goodies kpd rakan2 sekelas n cikgu.... kebetulan pagi Isnin tu Boboy2 ditempatkan di kelas baru (1 A) iaitu slps ujian penilaian utk tahun 1 pada mggu lepas. Kira muffin ni hadiah besday + hadiah dpt kelas teratas.... Moga Boboy2 terus maju jaya dlm pelajaran, menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia akhirat.... amin