Monday, January 24, 2011

BINGKA ROTI CENDUL PERISA NENAS



Sekali lagi membingkakan roti.... nak perabihkan kerak2 roti baki roti goreng berinti baru2 ni.... bawa ke rmh MIL sbg potluck wiken baru2 ni.... resepi x ingt sumber dr mana... elok je dh lama bertapa dlm pen drive.... baru ni tingin nk cuba... tambahan seperti tulisan merah....

BINGKA ROTI CENDUL PERISA NENAS

1 buku besar roti gardenia / High5
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur

Sy tambah:
1 paket cendul
1 tin nenas

Carik-carikkan roti sampai habis dan asingkan dalam satu bekas (sy tambah cendul n nenas yg dipotong dadu). Pukul bersama gula tadi bersama santan pekat, susu cair dan telur (sy tmbah air nenas). Sukat adunan tadi. Sekiranya dapat 4 cawan maka tambahkan 7 cawan air ke dalam adunan tadi supaya semuanya menjadi 11 cawan. Sekiranya 5 cawan maka tambah 6 cawan air utk menjadi 11 cawan. Kacau lagi sehingga gula sebati. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam roti. Biar sehingga roti kembang. Sapukan butter pada loyang dan taburkan sedikit butter ke atas adunan tadi. Tujuannya supaya nampak kuning dan lebih sedap. Bakar pada suhu 180 - 200 celcius selama 1 jam. Sedap dimakan sewaktu panas atau pun sejuk.

Nota: sy guna 1 cwn gula sb air nenas dh manis

Thursday, January 20, 2011

CHUNKY CHOC CHIP COOKIES


Kes nk perabih stok kukis bln raya aritu, sblm tarikh kojol smpi, baik dimanafaatkan utk memenuhi permintaan anak2 n anak2 tekak.... kes perabih stok rupa2nya x kecukupan.... 2-3 kali jga berulang ke kedai beli semula stok yg dh abis.... nmpk gayanya klu buat utk raya, mlm raya bru bole mengukis... kalu buat awal sure kukis x smpat dgr takbir syawal, beraya dlm peyut (word Boboy3) dlu.... resepi cilok dr rmh LG jauh di Australia nuuuun... TQ LG ye sudi share kukis yg mabeles gitu....

CHUNKY CHOC CHIP COOKIES
Sumber: Salam 2 benua (LG)

Ingredients
125g softened butter
1 tsp vanilla
1 cup (240g) firmly packed brown sugar (recipe asal used 275g brown sugar tapi I kurangkan sbb tak nak manis sgt)
1 egg
1 cup (150g) plain flour
1/4 cup (35g) self raising flour
1/2 tsp bicarb soda (LG used baking powder) - sama
1/3 cup (35g) cocoa powder
1/2 cup (100g) peanut M&Ms (LG tak letak cos Miss 7 tak makan peanuts) *
1/3 cup (70g) mini M&Ms (LG letak 1/2 cups) *
1/2 cup milk choc melts (LG guna white choc chips) *

Nota: yg bertanda (*) sy gntikan dgn nestum & almond nibs

Method
1. Preheat oven to moderate 180°C (160°C for fan-forced). Lightly greased/use baking paper 2 oven trays.
2. Beat butter, vanilla extract, sugar and egg in a big bowl with electric mixer until smooth (do not overmix).
3. Sift dry ingredients together and mix into the butter mixture using wooden spoon. Then mix in all the chocolates until wel combined.
4. Place level tablespoons (20mls nya tablespoon) of the mixture onto trays, allowing 5cm between each cookie. (I guna ice cream scoop sebab lagi senang Miss 7 nak handle but lagi besar lah jadi nya. And I bulat2 kan sikit bagi sekata rupanya before letak atas tray). 5. Bake about 10 minutes (I bake for 10 minutes for the big ones because I suka yg fudgy n chewy not crunchy)
6. Stand cookies on tray for 5 minutes and transfer to wire rack to cool.

Nota: Dlm gmbr just guna sudu, buat yg berikutnya sy masukkan doh dlm piping bag potong muncungnya sebesar duit seposen, then press aje... ok ckit dpt sama besar... tp xsmpt posing la plak....

ROTI GORENG BERINTI


Resepi tgh hot dlm Resepedotnet... TQ kpd yg sudi share, olah, tried n tested resepi dan sebagainya... sy ni hanya tumpang menyibuk aje... Mmg sedap n kena dgn tekak anak2.... makan 2 ketui dh kenyang... mmg berbaloi....

Utk intinya sy x ikut resepi asal... sy guna scramble egg + mayo + cheese slice + hirisan tomato/timun... dan juga sy x terap kpd bulat, sy gunting keliling roti utk membuang kerak2nya aje... sila semak resepi asal jika ingin mencubanya...
ROTI GORENG BERINTI

Roti
Serbuk roti
Telur
Mayonis
Cream cheese
Lada sulah / lada hitam
Ayam
Bawang Besar hiris
Cili Benggala potong dadu
Daun salad

Cara-cara untuk roti:
1. Lapiskan dua keping roti

2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..

3. Gunakan acuan bulat (contoh tutup thermos, tin, cwn plstik or acuan egg benjo) utk memotong roti.. sy trim keliling roti n still 4 segi...

4. Celupkan dlm telur n serbuk roti.

5. Gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.

6. Toskan.


Cara-cara untuk inti:
1. Tumiskan bawang
2. Masukkan cili benggala
3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & cream cheese
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..

Cara hidang:
1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)
2. Letakkan daun salad
3. Masukkan inti yg siap dimasak

Wednesday, January 19, 2011

ROS MONTOT SAWI PAK CHOY


N3 ptg ni khas utk berkongsi ilmu.... penemuan secara x sengaja laaaaaaaaama dlu, x ingt tahun bila.... sy dgn adik dok siang sawi ni, tiba2 eh... cntik plak mcm bunga ros yekk... msa tu lum terjebak dlm dunia blog ni, buat xtau je... ntah2 org dh lama tau kot2 sy je yg bru dpt hidayahnya.... hihihi...

Ini la dia sawi pak choy... slps batang n daunnya dipotong, montotnya jgn dibuang... bole dijadikan hiasan terutama di kalangan bloger main pondok2 yg mana masakan sudah tentu akan jdi model utamanya... tukang msk org kawin pun bole guna.... cuba bygkan ros montot pak choy ni susun keliling dlm pinggan aym golek.... cun wooooo...

Penemuan ni mmg amat menggembirakan sb nk ukir2 buah/sayur2an tu mmg la xreti... lg satu, konsep "recycle" mmg bagus sekali.... Pe2 pun layan ros yg hampir layu ni ye....



SPAGHETI BOLOGNESE STYLE MASTURA


Masa kecik2 dolu mmg xpenah mkn spagblog ni... dgr nama pun dok blur2 sutun je xtau rupa/rasa cnmne... la ni dh jd menu peberet la plak terutama the only gegerl... Boboy1 plak suka mkn kuah aje, so kuah mmg kna buat extra.... diperkenalkan oleh adik... inilah resepinya yg telah dia ubahsuai ikut tekak Melayu.... penah sy hidang kpd MIL n beliau komen sedap, x masam spt yg penah beliau makan.... penah juga bwa ke ofis, msg2 minta resepi... tp xtau la dia org tu buat ke tidak... hihihi.... ekceli resepi ni dh belayar merata di kalangan klga tetapi baru kali ni sy N3 dlm blog... sejak terjebak dlm dunia blog ni ank2 pun dh faham... sblm senduk nk mkn tu siap bertanya lg, umi dh amik gmbo ke...? layan je la hobi baru umi dia org yek.... TQVM ye Mas, moga murah rezeki dgn perkongsian resepi ni...

SPAGHETI BOLOGNESE STYLE MASTURA
Sumber: Mastura (my only sister)

1 packet spaghetti (<> utk makan 8 orang) - ikut instruction pd packet semasa merebus, letak secubit garam + minyak sesudu (recommended: olive oil)

Kuahnya:
3 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih
7 biji lada hitam - (<>1 sudu kecil), tumbuk kasar.
1 ulas (sederhana) @ 2 ulas (kecil) bawang besar (yg merah/india) - potong kiub
1 sudu besar ciliboh (terpulang ikut kepedasan)
1 sudu besar gula
300 gram daging cincang
Sedikit air
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil italian herbs
1/2 sudu kecil lada sulah
1 tin kecil atau 1/2 tin besar tomato puree/paste
4 biji tomato, boleh tambah kalau suka masam - potong kiub
1 tin cendawan butang - hiris
1 batang - potong kiub carrot
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Optional:
1-2 helai daun bay
7 biji lada hitam muda jeruk

Cara (masa masak <> 1 jam):
Tumis bawang besar, bawang putih dan lada hitam hingga wangi, kemudian masukkan ciliboh dan gula. Kemudian masukkan daging dan air, kacau rata. Kemudian barulah masukkan tomato puree, cendawan, tomato dan carrot. Biarkan mereneh. Jgn lupa letak garam secukup rasa. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan lain-lain bahan dan bancuhan tepung jagung 10 minit sebelum masak. Balancekan rasa pedas, masam, manis & masin nya.

p/s : Kalau nak banyak sayur: tambah/lebih tomato puree - nak jdkan sos lebih byk , then tambah cendawan butang & carrot.

KARI TULANG AYAM



Pertama kali mkn kari tulang ni di rmh Makteh (adik MIL) masa baru2 kawin dlu.... Sejarah kari tulang ni "recycle" lebihan tulang ayam dlm proses membuat sate.... Waris2 MIL sejak turun temurun mengusahakan sate so tulang2 ayam ni mmg dh xtau nk buat apa.... selain masak sup, turut dibuat kari n yg peliknya leher ayam dibuat sate yg dinamakan Sate Tulang dimana memerlukan byk leher2 ayam.... haaaa bole ke kita just pegi ke pasar n minta sy nk leher ayam sekilo.... hihihi.... klu nk beli kaki ayam tu mgkn bole la kot.... insyaAllah klu ada kesempatan sy belajar teori dgn MIL cmne nk buat sate tulang ni....

Kalu klga bsr mmg kna buat byk sb mklum la tulang2 aje kan... sy biasa buat stlh kumpul2 kaki, leher, baki tulang yg dh diamik isinya tu... ekceli cara masak sama aje dgn kari biasa tu.... ikut citarasa apa nk letak n air tangan masing2.... yg sonoknya makan kari tulang ni sendiri mau ingat la.... the feeeeeeeeel..... makin lama masak, makin empuk tulang tu makin syiok.... x sedar bertambah2 nasi, bertambah2 kilo so berpusing2 la mata dacing nnti....

KARI TULANG AYAM
Sumber: My Magic Kitchen

2 ekor rangka tulang ayam
(potong & bersihkan)

Bahan ditumis:
3 sudu besar bawang merah
1 sudu besar bawang putih
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar serbuk kari
1 tangkai daun kari

2 cawan air
1 cawan santan
1 keping asam
Sedikit kicap
Garam/gula secukup rasa

Satukan bahan tumis jadikan paste. Kemudian tumis hingga wangi & garing. Masukkan pula rangka ayam. Setelah agak kering, masukkan air dan asam keping. Biarkan menggelegak utk seketika. Sukatan air boleh ditambah mengikut kesesuaian. Makin lama masak, makin empuk tulangnya. Akhir sekali masukkan santan serta garam, gula dan kicap. Setelah agak pekat, boleh angkat dan hidangkan.