Sunday, November 7, 2010

APAM PELANGI



Apam ni sy buat sempena cuti Deepavali bru2 ni.... sgt senang dibuat, cun & yg pastinya sedap... resepi dh berlegar2 di ruang dapur bloggers.... tp sy kureng puas hati la sb apam xcun... kerepot... sy guna api kuat sgt kot... layan resepi kt bwh ni ye.....

APAM PELANGI
Sumber: Hana, Kak Ilah, Cikpuanmieza
CnP: Mas Duniaku

2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - Hana & Mas cume buh 90g je (sy pun sama)
125 ml santan kara (sy guna susu cair)
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yangg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Wednesday, November 3, 2010

PATIN MASAK TEMPOYAK

Patin ni diimport dari Temerloh... setiap kali balik kampung, akan beli sekor yg besar punyeeeee, simpan dalam freezer, bila tingin nak makan bole masak aje.... ni style mak sy yg buat... so, resepi tradisi turun temurun la yek....



PATIN MASAK TEMPOYAK

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak. Kemudian lumurkan ikan dengan paste tempoyak. Susun ikan di dalam periuk, kalau boleh jangan ditindih antara satu sama lain. Masak di atas api tanpa isi air lebih kurang 5-8 minit. Akhir sekali masukkan air separas dengan ikan. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit. Hidangkan.



Nota: resepi ni bole juga dibuat Pais Patin... paste tempoyak tadi spt biasa dilumur pada ikan, perap, bungkus dengan daun pisang, kemudian bakar/kukus.... emmm yum yum yum...

DONUT CHEF LI

Donut ni sy CnP dri RNet feedback yg dicuba oleh LindaZA... sy buat 1/2 adunan aje... pendapat sy donut yg gebus gilos.... TQ ye...



DONAT
Resipi Asal Chef Li

1500 gm tepung gandum
32.5 gm yis segera
70 - 80 gm majerin
120 gm gula
1 1/2 biji telur (75 gm berat)
45 gm susu tepung
15 gm garam
15 gm voltex (bread softener)
140 gm shortening
7.5 gm baking powder
750 gm air
1 sudu makan ovalette

Cara membuat
Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
Masukkan telur dan air dan kacau sebati
Masukkan shortening dan majerin
Gaul (uli) hingga sebati
Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
Letak doh atas taburan tepung
Biarkan doh naik dua kali ganda
Gorengkan dan sejukkan kan
salutkan ngan gula kastor

Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan
Kelembutan tahan hingga keesokkannya.
Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjamin mutu
Goreng dengan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat
Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.

BURGER MALAYSIA

Kuih ni peberet Boboy2... maka pada suatu hr yg rajin, umi buat kuih ni... emmmmm apa lg bole la Boboy2 mkn puas2.... Inti sy gunakan baki sambal nasi lemak & x letak timun sb xde dlm stok... Sumber resepi dr Yani@myresepi & CnP dr Lynn Sham RN... TQ semua....



BURGER MALAYSIA
Sumber: Yani @ myresipi
CnP: Lynn Sham RN

Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Dan ini pula resipi sambal Lynn Sham untuk Burger Malaysia yg dia buat....

Bahan:
4 sudu besar cili giling (beli kat NSK)
2 labu bawang besar (saiz sedang)
1 genggam ikan bilis
1 cubit serbuk perasa, jika suka

Cara menyediakannya:
1. Kisar halus bawang dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis cili giling hingga garing.
3. Masukkan bahan kisar dan sedikit air, kacau sebati.
4. Masukkan serbuk perasa.
5. Masak hingga pekat.

Wednesday, October 13, 2010

PUDING SUSU STRAWBERI

As-salam semua..... hai liat betul nk update blog.... sori ya ampun ye kpd yg sudi dtg ke my magic kitchen ni kalu asik2 dpt hidangan basi je.... hrp x kecik ati n jgn serik tau.... sudi2kan jgn segan buat mcm dapo sendiri....

Buat puding ni sbg potluck ke rmh Dek Dah aritu.... potluck utk Dek Dah gambo yg bwh tu, dpt 2 bekas... manakala yg kepala mickey mouse tu dh tentu utk Boboyz kt rmh tu... mula2 mkn telinga, lps tu mkn idung, lps tu mkn mulut... last2 abis semua kelapa mickey masuk dlm perut.... mmg sy suka sgt kalu yg ringkas2 cenggini... cepat dimasak n cepat masuk perut.... walllaaaaa.... resepi salin dr kedai jual brg2 kek.....



PUDING SUSU STRAWBERI

20 gm agar-agar serbuk (sy beli yg dh siap paket 20 gm)
200 gm gula (sy guna 150 gm je)
1.5 liter air (sy guna 1.1 liter air + 1 tin susu cair = 400ml)
Sedikit paste strawberi + pewarna pink (ikut citarasa)

Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masukkan susu cair. Setelah menggelegak tutup api. Bahagi adunan kepada 2, 1 bahagian + paste/pewarna dan 1 bahagian lagi biar plain. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan - separuh sahaja. Sejukkan sebentar dalam peti ais. Setelah agak keras, lorekkan sedikit dgn garfu n tuangkan adunan 1 lagi. Sejukkan sebelum dihidang.

Thursday, October 7, 2010

MEE KARI CINA

Waaaaaa.... dapo dh bersawang.... kebizian dgn keja2 ofis n blik rmh layan tempahan kek.... ini menu dah lama buat.... asik tertunda je nk N3.... dpt resepi dr majalah Anis Oktober 2008.... menepati citarasa serta x rugi mencubanya.... ni buat utk kali ke-2....



MEE KARI CINA

Bahan-bahan:

200gm mee kuning - basuh, celur & toskan airnya

Bahan-bahan kuah:
(A) 3 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun kari

Bahan kisar:
3 biji cili kering
2 biji cili merah
3 biji cili api (jika suka)
3 ulas bawang putih
2 bij bawang merah
1 biji bawang besar
50 gm belacan bakar
1 biji buah keras
sedikit udang kering
1/2 batang serai - ketuk
1 ekor ketam - dibelah dua (sy guna sepit ketam)
Sedikit batang pudina
Sedikit serbuk kari

(B) 800 ml santan
200 ml stok ayam

(C) 1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam

(D) 200 gm isi kerang

Hidangan bersama:
100 gm hirisan tauhu goreng
60 gm hirisan bebola ikan
60 gm taugeh
Sedikit daun pudina - sy guna daun sup

Panaskan minyakd alam periuk dan tumiskan daun kari seketika.
Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kari, kacau berterusan kemudian masukkan ketam dan batang pudina.
Kacau lagi supaya bahan tumisan mesra.
Masukkan bahan B dan C. Kacau supaya tidak pecah minyak.
Akhir sekali baru masukkan isi kerang.
Tutup api dan siram kuah di atas mee.
Hias dengan tauhu goreng, taugeh, bebola ikan dan daun pudina.