Wednesday, January 19, 2011

BINGKA ROTI NENAS


Jln2 ke dapur blogger dh ramai yg buat bingka roti... ada yg letak jagung, kismis dsbnya.... walau bagaimanapun, bru kali ni sy berkesempatan mencubanya... resepi mmg dh lama simpan, x dinyatakan sumber dr mana... kpd yg empunya resepi mohon halal n TQVM ye... ternyata kombinasi lemak manis n masam nenas tu tidak menghampakan....

BINGKA ROTI NENAS
Sumber: Peti Besi My Magic Kitchen

10 biji roti burger (potong dadu)
100 gm gula
100 gm mentega (cair n sejukkan)
3 biji telur
1/2 camca teh garam
1 cawan tepung gandum
1 camca teh esen vanila
1 tin nenas (asingkan air & nenas didadu)
1 liter cecair (500 liter santan + air nenas + air) - boleh ganti dgn susu cair

Cara-cara:
Alas loyang dgn aluminium foil dan lenser dgn majerin. Taburkan roti dan nenas yg dipotong dadu. Di dalam bekas lain, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair, tepung, garam, santan dan kacau hingga semua sebati. Curah di dalam loyang roti tadi dan biar terendam selama 15 minit. Sementara itu, panaskan oven. Kemudian bakar suhu 180C selama 1 jam. Biarkan bingka betul2 sejuk sebelum dipotong.

TOMYAM


Menu yg senang ya amat nk msk... potong2, campak n tggl... tp jgn tggl lama sgt klu kering airnya puas nk bersoal jwb nnti... hihihi.... resepi kak liza.... TQVM kak liza ye...

TOMYAM

Bahan A
500 gm ayam [potong kecil]
1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk) - xde dlm stok
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam - sy guna kiub tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

Bahan B

100 gm bunga kobis
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji limau nipis (ambil jus) - x letak
1 pokok daun ketumbar (cincang) - x letak
Sy tambah: Lada capsicum hijau

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut
2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

Tuesday, January 18, 2011

SERI MUKA


Nape dipanggil Seri Muka yek.... agk2 muka berseri2 bila mkn kuih ni....? emmm ape2 aje laaaa.... ni kuih peberet the only gegurl... sb wiken baru2 ni dia ada balik so umi terbikin la kuih ni.... x ingt dpt resepi dr mna... tu la resepi berlambak smpi x ingt dpt dr mna.... Hasilnya kurang cantik xtau la silap tang mana.... bahagian atasnya mcm lembik ckit sb tu nmpk x licin....

SERI MUKA

Bahagian bawah:
2 cawan beras pulut + 2 cawan santan cair + secubit garam

Alas loyang dgn plastik cling. Kemudian ratakan campuran beras pulut, santan cair dan garam. Kukus hingga pulut masak. Kemudian tekan2 dgn senduk supaya mampat.

Bahagian Atas:
1 biji telur
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung Hoen Kwe (sy guna tepung kastad)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu esen vanila @ boleh juga di ganti dgn air daun pandan - sy guna paste pandan
sedikit pewarna hijau
3 cawan santan pekat + air(anggaran)
secubit garam

Blend semua bahan utk bhgn atas dan tuang di atas pulut yang di dalam loyang tadi. Kukus bahagian atasnya pula sampai masak.

Nota:

1. Tudung kukusan hendaklah dibungkus dgn kain utk mengelakkan wap air jatuh atas kuih.
2. Tujuan alas loyang dgn plastik cling supaya senang utk keluarkan kuih td. Plastik hendaklah dibiarkan terjuntai sdkt dari loyang.
3. Biarkan kuih sejuk pada suhu bilik sebelum dipotong.
4. Potong dengan pisau plastik supaya tidak comot.

TRIFFLE



Salah satu menu program lepaking dgn Dekdah n Nik bru2 ni.... resepi mix n match dr byk sumber, setelah byk kali buat n diolah mengikut citarasa.... resepi asal mmg agak manis n sy dh kurangkan kuantiti gula dlm kastadnya....

TRIFFLE

1 gulung swiss roll @ kek span (sy guna swiss roll pandan) - potong 9 keping
1 tin fruit cocktail - asingkan air dan buahnya
1 kotak serbuk agar2 Lady’s Choice (raspberry) - msk spt arahan pd paket, biarkan suam

Bahan kastad:
1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan susu cair (sy guna 1 tin susu cair, sukat & tambah air sehingga jadi 4 cawan)
(bancuh, kacau atas api sederhana hingga masak)

200 gm fresh cream - pukul hingga gebu

Susun swiss roll di dalam bekas. Siram air fruit cocktail di atas kek. Taburkan pula buahnya. Setelah agar2 suam, tuangkan pula di atas buah tadi. Jika dituang semasa masih panas, agar2 akan menyerap ke dalam kek dan lapisan trifle nampak tidak cantik. Sementara menunggu agar2 keras bolehlah masak kastad lalu tuang di atas lapisan agar-agar. Akhir hiaslah triffle td dgn fresh cream. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Trifle ini enak dimakan sejuk

HEPI BELATED BESDAY MY BOBOY2


N3 ni khas utk Boboy2 sempena besday 9/1/2011 yg lalu, beliau lebih mesra dipanggil Acik di kalangan klga.... tahun ni Boboy2 dh drjh 1... mmg sengaja umi lewatkan buat sesuatu sbb nk tggu Along blik dr hostel.... bole mkn ramai2 wpun no mjls tiup2 lilin dsbnya.... hanya mjls tertutup aje... ptg Ahad tu dpt la Along by bwa blik ke hostel 2 container triffle ni.... katanya utk kwn2 sekali....

Harapan Umi semoga Boboy2 beroleh kejayaan dunia akhirat n jadi ank soleh.... amin

TELUR BUNGKUS



Ni resepi campak2 yg biasa sy buat... ikut aje bahan2 yg ada kt dlm esbok.... bole dipelbagaikan isi perut telur tu.... Di antara menu yang kerap dimasak, cepat n yg penting semua suka..... hiasan 3 kuntum bunga tu ekceli drpd akar sawi... betul2 mcm ros kan.... dpt idea sb x sengaja masa siang sawi, cantik pulak n bole jd deko masakan... 2 gambar ni versi hari yg berlainan ye...

TELUR BUNGKUS

Bahan inti:

3 batang jejari ketam - potong
2 batang sosej - potong
Sedikit mix vege
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Garam

Bahan bungkus:
4 biji telur ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-cara:

Tumis bawang besar n bawang putih. Masukkan pula jejari ketam n sosej. Setelah itu masukkan bahan2 perasa tadi. Biarkan agak kering, angkat dan ketepikan. Sementara itu, satukan telur, sos tiram, garam dan lada sulah. Pukul sedikit supaya sebati. Panaskan kuali dan dadar seperti biasa. Kemudian masukkan bahan inti tadi. Lipat 4 penjuru dan terbalikkan atas pinggan.