Tuesday, January 18, 2011

ROTI MARBLE COKLAT


Dh 2 wiken berturut2 meroti.... bole dpt anugerah Minggu Meroti Sedunia kot.... resepi dh lama terperuk dlm folder baru kali ni tergerak hati nk mencubanya.... jln2 ke rmh blogger lain dh ramai yg bikin... emmmmm nmpk gaya dh ketinggalan LRT... tp xpe at least terbuat akhirnya.... Kali pertama buat hanya utk makan2 rakyat kt rmh ni... kali kedua buat semasa lepaking dgn Dekdah n Nik aritu.... jgn salahkan den ye kalu badan ibarat roti juga jadinya nnti.... hihihi

ROTI MARBLE COKLAT

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2. Perap doh selama 40 minit. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau terlembik boleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. Pastikan adunan betul betul sebati ye. Warna sekata untuk doh coklat tu.
4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. Letakkan doh coklat di tengah-tengah.
5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi.
6. Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
7. Letak dlm sandwish loaf.
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
10. Siap dipotong tinggal nak ngap je..sesape dah cuba jgn lupa bagi report ye..
Nota: Sy bahagikan kpd 2 bahagian aje... 1 bahagian sy campurkan dgn serbuk koko, uli hingga sekata.... canai adunan warna biasa kemudian lapiskan dengan adunan coklat. Gulung.

Monday, January 17, 2011

ANGEL HAIR GORENG CILI PADI


Inilah salah satu juadah semasa Dekdah n Nik lepaking at my magic kitchen wiken baru2 ni.... resepi amik dlm majalah Jelita Januari 2011 by Chef Hanieliza.... amat sesuai dgn tekak sy.... begitu menyelerakan dan sesuai utk seisi keluarga.... cili padi sy kurangkan kerana rakyat kt rmh ni termasuk tukang masaknya amat alah kpd pedas....

ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
Source: Chef Hanieliza
Share: My Magic Kitchen

500 gm pasta angel hair
Garam secukupnya
3 sudu besar minyak zaitun
200 gm sotong - dihiris
100 gm udang - dibuang kulit
200 gm kobis - dihiris
200 gm sawi - dihiris
300 gm tomato - dibelah 4
2 biji cili merah - dihiris
Nota: sy guna isi ayam yg dipotong dadu

Bahan dikisar:
20 biji cili padi (sy guna 10 biji)
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50 gm udang kering
Garam secukupnya

Cara-cara:

Rebus pasta angel hair dengan minyak zaitun dan garam sehingga lembut dan tuskan. Gaul sedikit minyak zaitun pada pasta.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan sotong, udang, sawi, kobis dan garam lalu kacau rata.

Kemudian masukkan pasta dan gaul sebati. Tutup api dan masukkan tomato, gaul rata.

Akhir sekali tabur hirisan cili merah dan hidangkan.

Sunday, January 16, 2011

BUN TUNA



Ekceli resepi bun ni penah N3 dlm blog ni... tp xpe la sessi ulang tayang bg sesiapa yg berminat utk mencubanya.... Bun idaman Dekdah dah sekian lama.... klu preggy dh kuarpun baby... nasib baik ko x preggy Dekdah klu x meleleh air liur ank ko kuar xdpt mkn bun ni.... smlm tertunailah sudah idaman di hatinya.... sedapkan Dekdah mkn bun fresh from oven.... wallaaaaa.... Resepi dr buku Alex Goh n mix dr kelas roti lamaaa dlu.... xde BM bole guna tangan ori... petua Chef Wan time gaduh dgn hb adalah paling mustajab utk uli roti... time tu korang realese mrh tu kpd roti n Chef Wan kta sure roti u all gebu jadinya....

BUN TUNA

260 ml air
1 biji telur
110 gm gula
100 gm majerin/butter/shortening
1/2 camca kecil garam
600 gm tepung high protien @ tepung roti (tepung gandum pun ok klu darurat)
1 paket yis mauripan

Bahan Inti:
2 tin tuna spread mayonis
1 biji bawang besar (cincang)
1 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Kalu suka pedas tmbhkan serbuk kari or potongan cili api

Nota: Inti boleh dipelbagaikan cth kelapa, kacang merah, kaya dsbnya

Cara-cara Bread Maker:
Masukkan bahan mengikut turutan resipi. Set mengikut manual BM msg2 sehingga doh elastik dan licin. Sy menggunakan fungsi "rapid dough" selama 1.35 jam. Sementara menunggu BM bekerja, siapkan intinya. Satukan kesemua bahan n gaul rata. Simpan di dalam peti ais. Setelah cukup masa proofing doh, bentukkan mengikut citarasa. Sapukan kuning telur dan bakar 180C selama 25 minit.

Cara-cara Hand Maker:
Gaul semua bahan kering hingga rata. Kemudian buat lubang di tengah2 n masukkan telur dan air. Gaul hingga sebati lebih kurang 15 minit. Akhir sekali masukkan majerin dan garam. Uli lagi hingga doh elastik dan licin. Rehatkan doh hingga naik 1 kali ganda.

Uli semula, buangkan angin, potong, timbang 50gm setiap 1 dan bentukkan. Rehatkan lg selama 25 minit. Isikan inti, perap dlm loyang selama 30 - 40 minit. Sementara itu, panaskan oven, gliskan permukaan bun dengan kuning telur + 1 camca teh air. Bakar pada suhu 180C sehingga kekuningan.

ROTI NAIK



Resepi ni dpt dlm group yg sy join... dr kak rozi resepi arwah MIL dia... dh byk kali buat... hrp penerangan ringkas bole membantu.... TQ kak rozi...

ROTI NAIK

400gm tepung roti
100gm tepung superfine (sy guna tepung gandum)
290gm air
40gm tepung susu
180gm soft brown sugar
100gm margerine/butter
11gm yeast
yellow color
1tsp vanilla

Sy masukkan semua dalam (breadmaker) BM dan bentukkan setelah doh elastik. Jika tiada BM, boleh uli menggunakan mixer tapi yg kuasa tinggi.... last alternative uli ngan tangan...

Selepas uli sampai adunan jadi elastik cam adunan roti canai tu yg boleh ditarik2.. biarkan dia naik hingga double. Pastu kasi tumbuk2 biar kendur balik (buang angin) dan kita ponjot2kan jadik bulat2. Susun dalam loyang yg tinggi 3-4 inci. Biarkan hingga naik balik saiz jadik double. Pastu bakar. Ikut oven memasing. Klu oven elektrik suhu 200-250C.

Bila dah masak.. sapu margerin/mentega atas roti tu.. nampak kilat, lembab dan melembutkan bila letak tanpa tutup. Sedap makan sapu mentega di tengah2 roti tu dan panaskan balik sekejap atau cicah ngan air teh O atau kopi O panas.

Tips: if the adunan is soft and sticky meaning belum cukup uli... need to uli sampai adunan elastic macam doh roti canai....

Saturday, January 15, 2011

MEE SIZZLING


Resepi ni mmg dh lama ada dlm folder resepi peribadi... hilang ingatan la plak CnP dr mana... skrg ni dh xyah makan kat Gergasi lg... dah boleh buat sendiri... ank2 bole mkn bertambah2... xde siapa bole kisah ye tak.....?

MEE SIZZLING

200gm mee kuning (saya guna milidi - rebus dahulu shgga lembut)
450gm ayam ptg kecil2
1 liter air
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit myk bijan (sy renjis beberapa titik)
2 ulas bwg putih ditumbuk
2 ulas bwg merah ditumbuk
1 sudu besar stok ayam (saya guna kiub pati ayam)
garam (agak2 la sbb dh isi sos tiram & kiup pati ayam)
cendawan tiram rendam dulu, hiris nipis2
3 tangkai cili kering - ptg dan goreng sekejap
tepung jagung - bancuh ngan air
telur jika suka
sawi
halia dihiris

Langkah 1:
Rebus ayam dgn 1 liter air tadi. Kemudian masukkan halia, lada hitam,
kicap pekat, kicap manis, sos tiram, cendawan, cili kering, kiub ayam, minyak bijan, bwg yg ditumbuk dan garam. Biarkan sebentar. Tuang air tepung jagung dan kacau sebati. Setelah mendidih ketepikan.

Langkah 2:
Panaskan kuali non stick dan masukkan mee,kacau sekejap tuang kuah yg panas ke dlm kuali. Pecahkan telur dan masukkan sawi. Setelah sawi dan telur msk (or jika suka 1/2 masak) boleh angkat dan hidangkan.

Friday, January 14, 2011

STEW AYAM ORGANIK



Menu ni dh berkurun msk baru ada msa nk N3 dlm blog... ekceli msk kt rmh adik di KL bln lps... xde guna sukatan yg tepat main campak2 aje... biasa msk guna resepi kak liza ni... so sy tempekkan resepi kak liza utk rujukan semua... resepi kak liza ni guna mikrowave tp kebiasannya sy msk atas dapur aje... klu guna dapur masa memasak agk lama sedikit kaedah merenih gitu... TQ kak liza resepi yg senang dan berkhasiat...

STEW AYAM ORGANIK

500 gm ayam

Bahan dimayang halus:
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)

1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah - mayang (sy x letak)
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]

Bancuh: 1 s/k tepung jagung + 1/2 cawan air

1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
garam/gula secukup rasa

Sy tambah:
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 batang celery

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.