Friday, March 4, 2011

MEE GULUNG LANGKAWI


Selongkar dapur kak ummi, teruja nk try resepi ni.... alhamdulillah rakyat kt rmh suka.... x rugi mencubanya.... x lupa juga sekalung tahniah utk kak umi sb dh berjaya tersenarai sbg celebriti blogger seangkatan dgn CMG, mamafami, kak liza dll.... klu dh masuk majalah tu ofkoz bole dipanggil celebriti, ye x kwn2... sy sbg kwn lama n bloger tempelen ni turut berasa bangga n syukur di atas kejayaan ni.... TQVM kak ummi ye resepi yg mabeles ni....

MEE GULUNG LANGKAWI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Mee:
1 paket mee kuning - basuh dan toskan.
1/4 cawan kicap pekat
5 biji telor - untuk dadar nipis (utk 3 gulung mee)
sedikit minyak

Bahan Kuah Mee:-
4 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 tangkai cili merah - dipotong serong/kecil (x letak)
15 ekor udang
150 gm isi ayam - dipotong kecil (diganti jejari ketam)
1 kiub pati lembu
4 sudu besar kicap cair/masin (ganti dgn seasoning maggi)
4 cawan air
1 ikat sawi - dikerat (x letak)
1 batang lobak merah - disagat halus memanjang (potong serong nipis)
200 gm bunga kobis - dipotong kecil
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam secukup rasa (optional)
2 biji telor
1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn 1/4 cawan air)
minyak untuk menumis

Cara-Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (non-stick pan) dan goreng mee kuning dengan kicap pekat hingga warna kicap sekata dan mee elok masak. Ketepikan.
2. Kemudian gunakan non-stick pan, dan buat telor dadar nipis, bila masak tutup api dan biarkan dadar dalam kuali. Ambil segenggam mee tadi dan letakkan atas telor dadar dan gulung (lipat tepinya seperti kuih dadar). Angkat dan letakkan dalam pinggan, potong-potong sedikit telor dadar yang berisi mee . Buat dadar sehingga habis.
3. Dalam kuali lain (jenis dalam), panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan air secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam diikuti udang dan kiub pati lembu.
6. Kemudian masukkan kicap cair dan bunga kobis. Masukkan garam jika perlu.
7. Masukkan pula sawi dan lobak merah.
8. Akhir sekali masukkan 2 biji telor dan kacau sikit dengan garfu semasa mendidih.
9. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau mesra sebentar dan pekat.
10. Tutup api. Tuangkan kuah ke atas mee gulung tadi dan taburkan sedikit serbuk lada sulah sebelum di makan jika suka. Selamat Mencuba



1 comment: