
AYAM KICAP PAK SAID
(sy guna 1/2 dr resepi)
Bahan A
1 ekor ayam, beratnya 1.5kg
cuci bersih potong 10 dan toskan
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng & menumis
Bahan B
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia panjang2 seperti batang mancis
Bahan C
1 biji buah pala (sy x letak)
1 sudu makan lada hitam biji - sy letak 1 camca kecil lada hitam serbuk
1 jari kayu manis - sy letak 1 inci
15 kuntum bunga cengkih - sy letak 5 kuntum
3 kuntum bunga lawang - sy letak 1 kuntum
10 biji buah pelaga - sy letak 5 biji
Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng ayam, tetapi jgn terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan C.(mama - blender kering, sy xbuat)
Dengan menggunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan B sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan C (rempah tumbuk) dan tumis kan lagi sehingga naik aromanya. Tuang kicap, air dah cuka. Gaul rata. Setelah mendidih, barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.
Komen Mama: Pada mama bahan C terlalu banyak - mama cuma letakkan ~ 1 sudu makan. Sebab terlalu kuat bau rempah2... bukan apa... nanti budak2 tak mahu makan pulak. Apa2 pun... sedap lauk masak kicap pak said ni... Ada rasa masam2 sikit dari cuka & rasa & bau rempah yang di blender halus. Pada sapa2 yang kuat pedas blh lah tambahkan cili padi :) Selamat Mencuba

No comments:
Post a Comment