Thursday, August 26, 2010

AYAM PERCIK PERAK

Resepi ni dpt hasil dr blogwalking tp dh x ingt dr blog siapa.... TQ kpd yg empunya blog n resepi.... sgt mudah nk disediakan.... wpun smpi rmh lewat tp msh smpt dihidangkan sbg juadah utk berbuka....



AYAM PERCIK PERAK
Source : Variasi Masakan Utara


Ayam - dipotong sesuka hati
500 ml santan
1 keping asam gelugur
1 batang serai - diketuk
Garam & Gula

Bahan A - dikisar
10 ulas bawang merah
4 biji cili merah - (saya gunakan cili kering)
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam

Di dalam periuk besar, satukan ayam, bahan A dan santan, gula pasir, asam gelugur dan garam. Jerang atas api sederhana hingga ayam separuh masak. Biar kuahnya pekat di atas api perlahan. Angkat ayam dan panggang hingga masak. Percikkan juga kuah santan semasa memanggang ke atas ayam.

No comments:

Post a Comment