Thursday, August 26, 2010

KUIH CARA PELBAGAI VARIASI

Resepi kuih cara ni dh lama simpan.... xpenah buat.... kebetulan Boboy2 amat gemar mkn kuih ni slps berbuka... hampir tiap2 ptg asik dok beli je.... acuan mmg dh lama sgt beli, rasanya masa tu Boboy2 msh lum wujud lg kt dunia ni.... haaa bygkn betapa lamanya acuan bertapa dlm laci doremon.... di satu ptg yg hening, maka sy pun godek2 la ikut resepi... emmm xle susah sgt nk membuatnya.... mls dgn rajin je... pe2 pun layan percubaan pertama ni ye.... alhamdulillah laris....



KUIH CARA MANIS / PEDAS BERLAUK

125 g tepung gandum
250 ml susu @ santan
1 biji telur
1/4 camt garam
1 camca air daun pandan pekat - untuk kuih cara manis (sy guna paste pandan)
2 – 3 cams gula halus - untuk kuih cara manis (sy guna bluberi @ kiwi filling)

150 g udang basah atau ayam / daging
1 cams serbuk kari
3 ulas bawang merah - untuk inti pedas
1 ulas bawang putih
1/4 cteh garam
1 camca minyak
(sy guna lebihan sambal sardin)

Ayak bahan2 kering ke dlm mangkuk adunan dan masukkan telur dan susu / santan utk dijadikan batter

Menyediakan Inti pedas
Mayang bawang merah dan putih, udang dipotong dadu dan perasakan. Campurkan sedikit air ke dlm rempah kari hingga cair sedikit. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga kuning. Masukkan rempah kari dan goreng hingga wangi. Masukkan udang dan tumis hingga kering. Panaskan acuan kuih cara dengan sedikit minyak. Apabila acuan sudah panas tuangkan separuh adunan ke dlm acuan. Tuangkan inti ke dlm adunan dan tambahkan batter sehingga tertutup intinya. Tutup acuan supaya masak. Apabila kuih masak cungkilkan tepinya dengan pencucuk dan angkat serta hidangkan dlm pinggan.


Inti bluberi

Inti sambal sardin

Inti bluberi & kiwi

1 comment:

  1. Assalamualaikumwbh kak J41.....masya'allah...renovation...new version of kuih cara tau.....kreatipppp tu....

    Selamat berpuasa yer kak....;)

    ReplyDelete