Thursday, August 19, 2010

KEK COKLAT MOIST

Kek ni dh lama sgt buatnya... msa Milee dtg Kuantan aritu.... bru ni tingat lum N3 lg... kek ni sy bakar dlm soufle cup.... mklm la msg2 nk bljr deco antara 1 sama lain... kek yg amat senang utk disediakan....



KEK COKLAT MOIST

Bahan A

6 biji telur
1 buku butter
1 1/2 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil soda bicabanate

Bahan B
1/2 cawan susu coklat ( susu kotak ) atau air soya kotak
2 sudu makan susu pekat manis
1 1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula caster
1/2 cawan coklat masakkan
1 cawan air

Panaskan sehingga cair bahan2 B kecuali ke dua2 susu. Tutup api kemudian masukkan kedua2 susu. Ketepikan.

Panaskan oven pada suhu 180'C.

Di dalam mangkuk pukul butter bersama gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Dengan menggunakan spatula, kikis bahan2 yang melekat pada dinding mangkuk ke tengah2 mangkuk supaya adunan semua sebati dipukul. Masukkan adunan B pukul lagi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, dengan kelajuan pemukul paling pelahan. Dengan menggunakan senduk kayu gaul rata tepung tadi. Alas acuan dengan kertas minyak dan tuang adunan. Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

Nota: klu guna souffle cup bakar lebih kurang 30 minit je @ bergantung oven msg2

No comments:

Post a Comment