Monday, August 16, 2010

KEK LAPIS MENTEGA KACANG

Tanggal 7 Ogos yang lalu sy telah menghadiri kelas membuat pelbagai jenis kek anjuran Puspanita HELWA MPK bertempat di Pusat Masakan KEMAS Jalan Bukit Ubi... berikut ialah salah satu kek yg dipelajari... TQVM kpd Puan Fatimah bt. Mocktar yg merupakan teraju utama mengendalikan kursus2 spt ini.... kursus2 lain kali jgn lupakn sy ye......


KEK LAPIS MENTEGA KACANG

450 gm marjerin (bole guna pure butter contoh Golden Churn agr lebih moist)
12 biji telur
180 gm gula halus
10 gm ovelet
1 camca teh esen vanila
370 gm susu pekat manis
160 gm tepung hong kong
120 gm mentega kacang
2 camca teh pewarna kuning (bole gunakan warna lain agar warna lebih menyerlah)

Pukul gula dengan majerin hingga kembang @ gebu @ putih, masukkan ovelet dan esen vanila.

Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi. Kemudian masukkan tepung hong kong selang seli dengan susu pekat manis sambil dikacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan, satu masukkan warna kuning dan satu lagi tambahkan dengan mentega kacang. Kacau rata.

Sediakan loyang 9 X 9 inci, sapukan marjerin dan dialas dengan kertas minyak.

Masukkan 4 camca besar adunan kuning ke dalam loyang, ratakan.

Bakar menggunakan api atas selama 8 minit atau hingga kekuning-kuningan, keluarkan dan tekan bagi padat. Kemudian lapis dengan lapisan mentega kacang pula.

Buat selapis demi selapis berselang-seli hingga habis adunan.

Bakar lapisan terakhir lebihkan sedikit masa kira-kira 15 minit.

No comments:

Post a Comment