Thursday, August 12, 2010

SUJI SALJU

Sy kongsikan resepi dari tokey biskut terkemuka iaitu Ita's Delight.... lebih kurang sama dgn bskt Suji Brunei yg sy N3 sblm ni... kedua2nya sedap n cair di mulut.... tujuan perkongsian resepi biz Kak Ita ni agr kita sama2 dapat manafaat ilmu seciput kurniaan Ilahi....


SUJI SALJU

Bahan A
75 gm minyak sapi
50 gm butter
50 gm gula kastor
1/2 camca teh esen vanila
1/2 biji kuning telur

Bahan B
50 gm cornflakes (kisar halus)
50 gm tepung jagung
25 gm tepung suji
140 gm tepung gandum

Hiasan:
75 gm susu tepung + 25 gm gula aising
Sedikit cairan coklat putih

1. Panaskan oven 150C.
2. Sebatikan semua bahan A sehingga rata.
3. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap dengan acuan dan susun dalam dulang pembakar. Bakar selama 30 minit.
5. Drizzle coklat putih di atas permukakan biskut tersebut dan ayakkan dengan campuran susu tepung dan gula aising. (sy taburkan susu tepung dan gula aising je).


No comments:

Post a Comment