Thursday, May 27, 2010

LAKSA PAHANG IBU MERTUAKU

N3 kali ini ialah resipi warisan dari Pekan iaitu Laksa Pahang.... menu yg sering menjadi hidangan jamuan/hari raya di rmh MIL.... membuat kuah laksa ni mmg agak renyah sdkt tetapi hasilnya... wallaaaaaa....



LAKSA PAHANG IBU MERTUAKU

Bahan A
1 kg ikan selayang

Ikan dibersihkan dan direbus. Air rebusan jgn dibuang, gunakan utk kisar tulang dan isinya. Asingkan isi ikan dan tulang. Kisar tulang dan tapis ambil air. Kemudian kisarkan pula isi ikan.

Bahan B
3 genggam kelapa parut
7 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )
3 batang serai ) hiris nipis
3 inci lengkuas )
3 inci halia )
2 genggam lada kering dipotong serong-serong
2 sudu makan ketumbar biji
2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintan manis
2 – 3 cawan air

Goreng kelapa parut hingga naik bau & warna bertukar kekuning-kuningan (bukan gelap mcm buat kerisik tu). Kemudian masukkan bahan yang dihiris, ketumbar dan jintan-jintan. Gaul rata sehingga bau harum semerbak. Setelah itu, tutup api dapur dan masukkan 2 – 3 cawan air. Biarkan ia direndam sebentar. Setelah agak sejuk, kisar bahan-bahan tersebut dan tapis ambil airnya. Kisar dan tapis berulang kali sehingga habis.

Bahan C
4 inci isi ikan masin (talang/kurau)

Bakar ikan masin atas kuali, balik-balikkan. Kemudian rendamkan ikan masin ke dalam air. Setelah sejuk, carik2kan ikan masin tersebut. Kisar bersekali dengan air rendaman dan tapis. Buat berulang kali hingga habis.

Bahan D
2 biji kelapa ambil santan pekat or agak2 kalu guna santan dh perah tu...
3 sudu makan kerisik
3 keping asam (ikut gak saiz asam keping tu)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Kuah

Campurkan bahan A, B dan C. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat. Setelah mendidih masukkan asam, garam dan gula… Masak hingga pecah minyak. Hendaklah selalu dikacau supaya tidak hangus.

Bahan hiasan

Taugeh
Kacang panjang
Daun kunyit
Daun selasih
Daun kesum
Daun kaduk
Kobis bulat

Semua bahan dihiris halus kecuali taugeh.

Hidangan Sampingan: Belacan, garam

Sambal: Lada kering + garam yang dikisar halus.

Hidangkan bersama laksa gandum, MIL selalu tempah aje laksanya…. Di Kuantan ni RM4 for 1 kg.

3 comments:

  1. la rs nk terus cuba buat je semua resepi2 ni....sbb semuanya membautkan terleleh air liur..emmmm

    ReplyDelete
  2. Cara buat laksa leceh.. Memenatkan..

    ReplyDelete