Masih lagi N3 tertunda edisi bulan posa baru2 ni.... teruja tgk Soaking Hippo a.k.a Badak Berendam dlm blog Min Lemongrass, terus terasa2 kat tekak n balik terus buat.... resepi ikut style mak buat....
BADAK BERENDAM
2 cawan tepung pulut (kalu dapat tepung pulut hitam lg best)
Air secukupnya
Sedikit pandan paste (kalu gna tpg pulut hitam xyah letak)
Gula kabung @ gula kerek (dipotong dadu sebesar ibu jari)
Kuahnya:
2 cawan santan
3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang (xde stok)
Tepung pulut dibancuh bersama air dan paste pandan. Pastikan air dimasukkan sedikit demi sedikit. Gaul sebati hingga menjadi doh yg boleh dibentuk (bukannya lembik). Kemudian ambil sejemput, leperkan dan masukkan gula kabung yg telah dipotong dadu - seperti membuat kuih buah melaka. Saiz terpulang ikuti citarasa. Kalu besar gulanya maka besar gedabak la hipponya nanti. Susun dalam pinggan yg di alas dgn daun pisang. Kes xde daun pisang sy letak dlm acuan agar2 je. Setelah itu, bancuh santan, tepung gandum dan garam. Tuangkan ke atas hippo2 tadi. Kukus lebih kurang 20 minit & hidangkan.
No comments:
Post a Comment