ASSALAMUALAIKUM Blog ini terhasil atas dorongan rakan2 serta ingin berkongsi ilmu seciput kurniaan Ilahi untuk dimanafaatkan bersama demi generasi akan datang. Jutaan terima kasih juga kepada yg sudi mencuba resipi yang tidak seberapa ini - sedap, lazat, best, yummy, delicous or 2 thumbs up adalah subjektif..... Komen anda amatlah sy alu-alukan.... Inilah jariah saya selagi hayat dikandung badan....

Monday, September 20, 2010

YONG TAUFU

Ini N3 pertama selepas raya.... Yong taufu memang peberet ank2 n sy.... smlm posa so tekak tingin nk makan.... bukan x bole beli tp dh ramai yg minat sure kena keluar banyak RM.... so, apa kata bikin sendiri.... lagipun bukannya susah sgt pun.... mmg sedap n x rugi mencubanya.... resepi hasil study dr blog ke blog n dipaparkan mengikut olahan saya....

Ekceli bahan2 utk yong taufu ni ikut citarasa masing2.... smlm sy buat gunakan apa yg ada je kt Pasaraya Gergasi tu.... kalu nk yg keluaran bumiputera n tinggal berdekatan bolehlah dapatkan terus dari pembekal seperti alamat yg ada dlm simpanan sy di bawah ini....

Syarikat Iwani
No. 42, Jln. SBC 8, Tmn Seri Batu Caves
Tel: 03-61851800 / 6334

Hikmahfood Specialisies Sdn. Bhd.
No.19 & 21 Jalan TIB 1/9
Tmn Industri Bolton
68100 bt Caves
Tel: 03-61842500
email:hikmahfood@yahoo.com



SOS @ KUAH YONG TAU FU

Bahan-bahan A:

Fish ball, ciken ball, crab stick, sosej n seangkatan dengannya (celur dlm air menggelegak. Air jgn dibuang utk buat sup nanti)
Kuew tiaw
Seikat kangkung (celur n potong2)

Nota: Bahan2 adalah mengikut citarasa spt kerang, sotong kering, tauhu, sengkuang dan sebagainya.

SOS HITAM

500 ml air
1 kiub stok bilis
1 sudu besar kicap pekat/hitam
2 sudu besar kacang hitam (sy guna taucu)
1 sudu besar sos hoisin
2 sudu besar gula pasir
1/8 sudu teh serbuk rempah lima
garam secukupnya
3 sudu besar air, dicampur 1 1/2 sudu besar tepung jagung

Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.



SOS MERAH

1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan oyster sauce
1/2 cawan petis/kuah rojak
1/2 cawan sos cili
2 cawan stok ikan bilis/ayam/air rebusan bahan yong tau foo (sy guna 1 kiub ikan bilis)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu makan bijan yang sudah digoreng (jika suka) - x sempat nk goreng
sedikit minyak
1/2 cawan gula merah (sy guna gula biasa aje)
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar - juga x sempat nk goreng
3 sudu besar air, dicampur 1 1/2 sudu besar tepung jagung

Saya tambah:
7 biji cili api + 1 biji cili besar diblend bersama bwg putih

Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih @ bahan2 kisar. Masukkan oyster sauce, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masukkan stok, gaul rata. Masukkan petis, gaul rata, kalau terlalu pekat tambahkan air atau stok. Masak hingga mendidih dengan api perlahan, kacau sentiasa. Last sekali, masukkan gula, bijan (dan kacang tanah) dan campuran tepung. Adjust lah rasa dan kepekatan kuah, ikut cita rasa.


SUP

3 liter air rebusan fish ball (Bahan2 A)
1 kiub pati ikan bilis
2 cm halia - diketuk
5 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
garam secukupnya
1 camca teh gula pasir
Garam secukup rasa

Jerang semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan. Kalu nk tapis bole juga tetapi sy hidang begitu aje tnpa ditapis.

2 comments:

  1. kena try ni... slalu beli habis dlm rm40-rm50... huhuhuhu buruk lantak katanya

    ReplyDelete
  2. Mmg betul, mmg berbaloi kalu ramai yg suka.....

    ReplyDelete