Resepi yg sgt mudah n cepat utk disediakan.... dpt resepi dr student praktikal kt ofis ni... mak dia meniaga kt gerai makan.... hasilnya sebiji sebijun mcm yg mkn kt restoran2 Siam tu mklum la resepi asal dr org meniaga kan....
SOTONG GORENG TEPUNG
500 gm sotong (potong bulat & sy lap dgn tisu)
1 biji telur
Bahan digaul rata:
2 cawan tepung roti
3 camca besar tepung jagung
1 camca teh garam halus
1 camca teh kunyit serbuk
Gaul sotong bersama telur. Kemudian ambil sedikit sotong & gaulkan dengan tepung tadi. Lerai2kan tepung yang ada & goreng. Setelah garing, angkat & hidangkan. Sedap dicicah dengan sos cili, makan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment