Monday, July 5, 2010

BINGKA UBI KAYU

Melayan tekak mak buyung.... inilah dia hasilnya.... buat mlm smlm, cdg nk bw ke ofis pg td, tp terpaksa plak EL sb ank demam.... so, bingka dh dikorbankan sdkt utk posing vogue gitu..... sumber resepi dr periuktanah.blogspot.com... harap Kan An halalkan sy amik resepi n CnP resepi kt blog sy.... TQVM

Pndpt sy, bingka ubi yg teramat la sedap, klu bakar cara mak2 di kg mgkn lg best... sy sengaja biarkan ianya sdkt berkerak.... suka yg kerak2 tepi tu.... rasa manis n lemaknya seimbang.... mgkn klu guna santan asli lg superb kot... x rugi mencubanya...



BINGKA UBI KAYU
Sumber: Periuktanah.blogspot.com (Kak An)

Kak An buat menghasilkan 1 loyang bengkang 7 X 7 inci
Sy buat dpt 1 loyang bulat 10 inci

Bahan-bahan:
4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
(sy guna 200 ml santan kotak + susu cair utk menjadikan sukatan 2 cawan)
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan slebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.

2 comments:

  1. salam kak..saya dah lama tak makan bingka ubi ni..rasa rasa mcm dah lyupa je mcmana rasa nyer...lawo je bingka nih

    ReplyDelete
  2. Salam Izah, mmg sedap... hihihi puji sndiri plak... klu dh lma xmkn tu bole la buat... TQ kpd periuktanah - Kak An.... anyway TQ sudi singgah

    ReplyDelete